Tarikh : 20 Disember 2018 Masa : 7:30 am - 12:30pm Peserta : 169 orang |
Tujuan :
Matlamat penganjuran program kali ini adalah untuk memperkenalkan PEDi Felda Redong sebagai tempat rujukan komuniti setempat. Selain itu juga, adalah untuk mengeratkan hubungan PEDi Felda Redong dengan komuniti setempat serta mewujudkan kalobarasi antara pemimpin setempat serta agensi untuk mewujudkan komuniti setempat. Melalui program ini juga mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti:
Bagi program kali ini seramai 169 orang yang telah hadir mengikuti proram ini. Bagi pertandingan yang berkaitan dengan Dashboard Komuniti iaitu Pertandingan Apa Cite tu? (Mypengumuman) serta Pertandingan Plot Sana Sini (Myplace), Pertandingan Kahoot Advokasi Klik Dengan BIjak, Pertandingan Puzzle Word Search serta Pertandingan Mewarna bertemakan Keluarga Bahagia Tanpa Dadah telah diadakan sehari lebih awal iaiatu pada 19 Disember 2018.
Pada 20 Disember 2018, telah dimulakan dengan aktiviti Program 10Ribu Langkah, diikuti dengan poco-poco dan disusuli dengan pertandingan memakan buah epal yang telah dijalankan diperkarangan Dewan Serbaguna Felda Redong.
Selain itu juga turut diadakan kaunter pameran dari pada Klinik Pergigian Bandar Putra Dan Segamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Segamat, Maybank Tangkak (ASB) serta Forever Living. Saringan kesihatan turut diadakan di dalamPEDi Felda Redong yang telah dijalankan diantara PEDi, Klinik Desa Felda Redong serta Klinik Kesihatan Labis. Pemeriksaan kesihatan gigi turut diadakan dari Klinik Pergigian Bandar Putra dan Segamat.
Taklimat penjagaan gigi yang bertajuk Karies Gigi telah disampaikan oleh Dr Muhammat Izzat Hassan dari Klinik Pergigian Bandar Putra. Selepas taklimat penjagaan gigi telah diadakan aktiviti berus gigi beramai-ramai di kalangan kanak-kanak.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh wakil dari Pengurusan Felda Redong iaitu En Mohd Ezri Hasriq Bin Harun, Penyelia Pembangunan Komuniti. Turut hadir ke masjlis penutupan iaitu Tuan Hj Amat Jupri Bin Dakir, Timbalan Pengerusi JKKR Felda Redong merangkap Ketua Peneroka Felda Redong, Tuan Hj Mohd Amin Bin Talib, Imam 1 Badan Masjid Nurul Falah Felda Redong serta Puan Hajah Rukiah Binti Rahmat, Pengerusi GPW Felda Redong.