Tarikh      : 31 Januari 2019

Masa       : 2:00 pm - 4:30 pm

Peserta    : Belia lepasan sekolah

Tujuan :

Peserta terdiri daripada seorang belia lepasan sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu belia tersebut dalam mencari pekerjaan yang memerlukan beliau menghantar resume melalui emel kepada majikan-majikan yang beliau kehendaki. Selain itu,kelebihan kelas ini adalah peserta dapat pendedahan tentang fungsi emel yang sangat penting pada zaman kini dan cara penggunaannya yang betul dan selamat.

Aktiviti :

Peserta ditunjukkan langkah-langkah membuat emel peribadi dan penerangan tentang fungsi setiap icon dalam gmail dan kelebihannya. Pada permulaannya peseta ditunjukkan demo dan penerangan tentang gmail. Kemudian peserta mengikut langkah untuk pendaftaran emel yang betul dan selamat. Peserta juga mendengar penerangan daripada tenaga pengajar berkenaan fungsi setiap icon dalam gmail. Kemudian untuk memantapkan peserta menggunakan emel, peserta diberi latihan menghantar dan membalas emel dengan cara yang betul kepada pihak majikan.

Gambar disini