Tarikh :13 Julai 2018 Masa :3.00pm - 5.00 pm Peserta : 12 orang |
Tujuan:
Mary Kay Skincare Class dan dashboard komuniti serta advokasi disertai seramai 12 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, belia, warga emas dan wanita dari penduduk Felda Redong. Program ini merupakan kerjasama diantara PEDi Felda Redong dengan Mary Kay Consultant. Objektik program ini adalah mengenai penjagaan dan kecantikan serta solekan kulit muka dengan menggunakan produk Mary Kay. Selain itu juga penerangan mengenai kepelbagaian fungsi dashboard komuniti serta menggalakan muat turun aplikasi dashbaord komuniti turut diadakan. Memberi kesedaran tentang penggunaan internet dan menggunakan internet dengan selamat dan berhikmah merupakan salah satu tujuan program ini dijalankan.
Aktiviti:
Taklimat ringkas berkaitan dengan dashboard komuniti dan cara penggunaan. Selain itu bagi mereka yang muat turun aplikasi dashboard komuniti akan diberikan goodies. Selain itu, taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi klik dengan bijak turut mengisi pengisian pada program tersebut. Kemudian disusuli taklimat berkenaan penjagaan kecantikan serta solekan dan latihan praktikal yang dilakukan oleh pihak Mary Kay Consultant bersama peserta program.
Tarikh :10 Julai 2018 Masa :4.00pm - 6.00 pm Peserta :3 orang |
Tujuan:
Kelas peta minda online telah diikuti seramai 3 orang daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan bagi mengetahui tahap kemahiran dan tahap penguasaan dalam menggunakan enjin carian. Selain itu juga diberi pendedahan cara membuat peta minda di atas talian dengan menggunakan aplikasi bubbl.us dan juga mindmup.com yang ringkas serta menarik.
Aktiviti:
Peserta dikehendaki mencari karangan yang bertajuk faedah bersukan bagi menyediakan peta minda. Peserta dikehendaki membaca dan mengeluarkan isi penting artikel berkaitan dengan faedah bersukan (blog rujuk, http://panitiabmskbt.blogspot.com/2012/06/karangan-fakta-faedah-bersukan.html). Penerangan ringkas dan cara penggunaan aplikasi bubbl.us dan mindmup.com telah diberikan. Peserta dikehendaki membuat peta minda menggunakan bubbl.us (https://bubbl.us/) dan minmup.com (https://www.mindmup.com/). Peta minda yang dihasilkan kemudiannya disimpan di dalam bentuk jpg dan dicetak.
Tarikh : 27 Jun 2018 Masa : 3.30 pm -5.30pm Peserta : 4 orang |
Tujuan :
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah seramai 4 orang. Peserta dikehendaki menghasilkan video yang simple dan ringkas menggunakan aplikasi movie maker. Tema yang diberikan adalah aktiviti komuniti di Felda Redong
Aktiviti :
Peserta diberi pendedahan menggunakan aplikasi movie maker bagi menghasilkan video yang simple bertepatan dengan tema iaitu aktiviti komuniti di Felda Redong. Peserta diajar muat turun gambar dari laman sosial iaitu facebook(page) Felda Redong. Peserta juga didedahkan mencari lagu yang sesuai dijadikan lagu latar di youtube dan kemudiannye memuat turun lagu. Selain itu juga pelajar didedahkan cara untuk lagu dalam bentuk mp4 ditukar ke dalam bentuk mav.
Tarikh : 4 Julai 2018 Masa : 2.00 pm - 4.00pm Peserta : 3 orang |
Tujuan:
Kelas dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Peserta diberi pendedahan menggunakan postermywall.com bagi menghasilkan poster yang menarik dan simple. Selain itu, penerangan menggunakan aplikasi dashboard komuniti iaitu membuat pengumuman di Mykomuniti turut diadakan.
Aktiviti:
Peserta diberi pendedahan cara menggunakan tool yang terdapat di http://www.postermywall.com . Peserta dikehendaki membuat poster jadual aktiviti dan kelas yang dijalankan di PEDi Felda Redong sepanjang bulan Julai 2018. Poster aktiviti dan kelas yang telah siap dikehendaki dimuat naik di Mykomuniti sebagai pengumuman menggunakan aplikasi dashboard komuniti.
Tarikh :26 Mei 2018 Masa :4.00 pm - 5.30pm Peserta :1 orang |
Tujuan :
Kelas ini dihadiri oleh seorang belia dan kelas ini berkenaan tentang cara untuk menggunakan adobe photoshop secara asas. Peserta diajar cara untuk mengimport objek ke dalam Photoshop dan tracing / lukis objek tersebut menggunakan pen tool. Diakhir kelas ini nanti peserta akan mampu untuk menghasilkan lukisan kucing menggunakan adobe photoshop.
Aktiviti:
Peserta mencari objek kucing daripada google kemudian peserta mengimport gambar tersebut ke dalam photoshop. Peserta diterangkan tentang fungsi setiap tool didalam photoshop dan cara tracing semula gambar kucing tersebut dengan betul. Kemudian peserta perlu membuat layer sebelum mewarnakan objek tersebut. Peserta didedahkan dengan teknik yang betul dan fungsi setiap tool di dalam photoshop.