Tarikh : 19 Januari 2018 Masa : 9.00am - 11.00am Peserta : 4 orang |
Tujuan:
Tujuan kelas ini adalah untuk mendedahkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah tentang cara penggunaan open source untuk membuat peta minda menggunakan aplikasi bubble.map. Diakhir kelas ini, peserta mampu mengetahui fungsi setiap tool didalam bubble.map dan mampu menghasilkan peta minda berkaitan artikel kebaikan dan keburukan ICT.
Aktiviti:
Peserta diberi pendedahan menggunakan aplikasi bubble.map untuk menghasilkan peta minda yang menarik dan interaktif. Peserta diberi tugasan untuk membaca satu artikel berkaitan dengan kebaikan dan keburukan ICT. Kemudian peserta diminta menggunakan aplikasi bubble.map untuk mengeluarkan isi-isi penting yang diketengahkan didalam artikel tersebut. Hasil kerja peserta disimpan didalam folder aktiviti masing-masing.
Tarikh : 6 Januari 2018 Masa : 9.00am - 11.00am Peserta : 5 orang |
Tujuan:
Tujuan kelas ini adalah untuk mendedahkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah tentang cara penggunaan dan fungsi tool hyperlink di dalam powerpoint dengan betul. Peserta juga didedahkan tentang cara mencari gambar berbentuk gif dan memasukkan gambar ke dalam slide powerpoint. Di Akhir kelas ini, peserta mampu menghasilkan portfolio interaktif mereka dengan menggunakan cara hyperlink.
Aktiviti:
Peserta diberi pendedahan tentang kepentingan dan fungsi microsoft powerpoint. Kemudian, peserta diminta untuk menyediakan portfolio berbentuk interaktif (mampu dilinkkan, mempunyai suara/muzik, mempunyai gambar berbentuk jpeg/gif). Peserta perlu berfikir secara kreatif untuk menghasilkan porfolio mereka secara ringkas. Peserta perlu menggunakan tool hyperlink di dalam powerpoint dan memastikan setiap slide yang mereka hasilkan mempunyai link ke slide yang dikehendaki.
Tarikh : 29 Disember 2017 Masa : 9.00am-12.00pm Peserta : 4 orang |
Tujuan:
Peserta yang mengikuti kelas ini terdiri pada pelajar sekolah rendah seramai 4 orang. Peserta dikehendaki membuat reka bentuk poster tahun baru menggunakan shapes, word art dan page colour di Microsoft Word. Kemudian poster yang siap dimuat naik di dalam aplikasi Dashboard Komuniti.
Aktiviti:
Peserta dikehendaki menghasilkan poster sempena tahun baru menggunakan Microsoft Word menggunakan tool iaitu shapes, word art serta page calour. Poster yang dihasilkan hendaklah dimuat naik di Mykomuniti dalam aplikasi dashboard komuniti.
Tarikh : 5 Januari 2018 Masa : 9.00am - 11.00am Peserta : 5 orang |
Tujuan:
Tujuan kelas ini adalah untuk mendedahkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah tentang cara penggunaan open source untuk membuat avatar atau animasi yang direka sendiri oleh peserta mengikut kreativiti. Melalui aktiviti ini, peserta mampu mengasah bakat dan meningkatkan daya kreativiti dan imiginasi mereka dalam menghasilkan watak diri sendiri atau 'avatar. Dalam kelas ini, peserta diajar juga tentang penggunaan dan fungsi butang-butang ikon yang terdapat dalam avatar maker.
Aktiviti:
Peserta diberi pendedahan menggunakan aplikasi avatar maker bagi menghasilkan avatar atau animasi kartun mengikut kreativiti peserta secara ringkas. Tenaga pengajar mengharahkan peserta mewujudkan 1 watak avatar yang melambangkan perwatakan dan diri mereka masing-masing. Peserta perlu menggunakan semua butang ikon yang terdapat dalam aplikasi tersebut sebaik mungkin untuk hasil yang menarik. Avatar yang telah disiap di simpan dalam profile facebook masing-masing.
Tarikh : 22 Disember 2017 Masa : 9.00 am - 11.00am Peserta : 3 orang |
Tujuan:
Peserta yang mengikuti kelas asas paint ini seramai 3 orang sahaja. Peserta didedah cara penggunaan paint dan peserta dikehendaki mereka bentuk dan objek di paint. Selain itu juga, peserta juga di benarkan membuat reka bentuk dan objek melalui pembelajaran interaktif menggunakan youtube.
Aktiviti:
Peserta didedahkan dengan tool yang terdapat pada paint. Peserta dikehendaki reka bentuk dan objek iaitu doreamon dan angry bird. Peserta dibenarkan untuk membuat rujukan di youtube bagi memahami langkah-langah untuk menghasilkan doreamon dan juga angry bird.