Tarikh     : 13 Oktober 2017

Masa      : 11.00 am - 12.30 pm

Peserta  : 8 orang

Tujuan:

Peserta seramai 8 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Kuiz ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan tanah air dan secara tidak langsung dapat menguji tahap pengetahuan am tentang Malaysia. 

 

Aktiviti:

Kuiz kali ini bertemakan Kemerdekaan Malaysia dan  Hari Malaysia. Lebih kurang 10 set soalan kuiz  yang mana setiap set soalan terdapat 20 soalan. Pelajar yang mendapat markah yang tertinggi diberikan hadiah sebagai galakan. Diharap daripada aktiviti ini, dapat memberikan info yang berkaitan Malaysia kepada peserta.


Tarikh   : 13 Oktober 2017

Masa    : 9.00 am - 11.00 am

Peserta : 7 orang

Tujuan: 

Pelajar seramai  7 orang  yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pelajar diberi pendedahan cara menggunakan canva.com bagi membuat design yang simple dan mudah di atas talian.

 

Aktiviti.

Pelajar dikehendaki mendaftar dan membuat akaun gmail terlebih dahulu bagi mereka yang tidak mempunyai akaun yang aktif. Kemudian, pelajar diajar untuk mendaftarkan dan membuat akaun canva.com tersendiri. Tugasan  kali ini adalan membuat cover photo bagi facebook. Hasil daripada penggunaan pembelajaran canva.com  hari ini, pelajar dikehendaki menggunakan bagi hasil tugasan tersebut dijadikan cover photo facebook masing-masing.


Tarikh    : 23 September 2017

Masa     :3.30 pm - 5.00 pm

Peserta  : 5 Orang

Tujuan: 

Peserta seramai 5 orang  yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pelajar didedahkan dengan pembelajaran di atas maya menggunakan platform English Central.

 

Aktiviti:

Pelajar diberi pendedahan untuk belajar Bahasa Inggeris di atas talian. Pelajar belajar Bahasa Inggeris menerusi video yang terdapat di dalam  English Central tersebut. Untuk kelas kali ini pelajar diberi silibus bagi noun.


 Tarikh          :8 Oktober 2017 (Ahad)

Masa            :7.30 am - 1.00 pm

Tempat         : SK Felda Pemanis 1

Pengunjung    : 51 orang

Tujuan: 

Pada 8 Oktober 2017 yang lalu, gabungan dari PEDi Felda Pemanis, Taman Yayasan, Felda Medoi,  Felda Redong, Felda Tenang dan  Felda Chemplak telah mengikuti dan menyertai Program JOM Sihat Di SK Felda Pemanis.  Gabungan PEDi  ini telah membuka booth bagi mempromosikan aplikasi dashboard komuniti kepada pengunjung yang hadir ke program tersebut dan mengeratkan hubungan di antara PEDi dengan komuniti setempat dan khususnya dengan pihak sekolah. Program terseut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah.

 

Aktiviti:

Phak PEDi membuat promosi aplikasi dashboard komuniti kepada pengunjung yang hadir. Selain itu, pendaftaran ahli PEDi turut dibuka. Pengunjung diterangkan cara penggunaan menggunakan aplikasi dashboard komuniti dan mereka yang muat turun aplikasi dashboard komuniti di smartphone diberi hadiah. Selain itu, pemerikasaan tekanan darah juga diberikan kepada semua pengunjung yang hadir ke booth kami.

Lebih banyak  gambar disini


Tarikh    : 23 September 2017

Masa     : 9.00 am -12.00 pm

Peserta  : 9 orang

Tujuan:

Peserta seramai 9 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Diharap peserta yang mengikuti kelas kali ini, berupaya menghasilkan video yang simple dan mudah serta menarik dengan menggunakan aplikasi movie maker.

 

Aktiviti :

Pelajar diberi tugasan untuk membuat video yang simple serta menarik menggunakan aplikasi movie maker. Pelajar diajar untuk memuat turun aplikasi movie maker. Pelajar dibekalkan dengan foto majlis yang dijalankan di kawasan Felda Redong bagi menghasilkan video. Selain itu juga, pelajar diajar untuk mendaftarkan akaun youtube. Video yang dihasilkan diupload  di youtube.