YB. Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri merangkap Ahli Parlimen Labis turut melawat booth kami. 

 

Bertempat di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Labis telah di adakan Karnival Ekopelancongan Labis 2017. Karnival ini diadakan pada 18 Mac 2017, Sabtu  yang mana objektifnya karnival tersebut adalah memberi tahu kepada komuniti setempat amnya, bahawa ia mula dibuka kepada umum setelah lama ditutup bagi melakukan kerja-kerja penyelanggaran dan pembaikan.

Dikesempatan ini, kami dari 7 PEDi Site Segamat yang terdiri daripada PEDi Felda Pemanis2, PEDi Taman Yayasan, PEDi Felda Medoi, PEDi Felda Kemelah, PEDi Felda Redong, PEDi Felda Tenang dan juga PEDi Felda Chemplak telah membuka booth di karnival tersebut.

  

Suasana booth kami di Karnival Ekopelancongan Labis 2017

 

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang membuka booth di karnival tersebut iaitu mempromosikan dashboard komuniti terutamanya sekali MyShop, program advokasi klik dengan bijak, check your label dan juga mobile e-waste serta pendaftaran ahli. Selain itu juga, kami mengadakan pertandingan word search dan juga puzzle kepada pengunjung bagi memeriahkan lagi booth kami.

Dikesempatan ini juga, kami mengambil peluang untuk membuat  shooting video bagi Menarik Di Segamat di persekitaran Pusat Rekreasi Kolam Air Panas dan kami juga mempromosikan Facebook Page kami iaitu Menarik Di Segamat.

  

Pertandingan puzzle dashboard komuniti dan juga pemenang pertandingan yang dijalankanoleh pihak PEDi.


Program Kembara Jauhar Merantasi Belantara merupakan program kerjasama di antara pelajar sukarelawan Johor yang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan PEDi Felda Redong. PEDi Felda Redong terlibat di dalam slot khas iaitu Tranformasi Diri Bersama PEDi  Felda Redong.

     

Program ini telah dijayakan pada 25 Februari 2017 (Sabtu) telah diikuti pelajar sukarelawan Johor UMT, penduduk Kampung Asli Segamat Kecil serta penilai dari Program Duta Jauhar 4.0 iaitu wakil Jauhar Johor.

     

 

Program kali ini, PEDi Felda Redong telah menerangkan cara untuk memasarkan bagi produk yang boleh digunakan oleh penduduk Kampung Asli Segamat Kecil. Pihak PEDi Felda Redong juga telah memberikan idea bagi memasarkan produk kratangan penduduk Kampung Asli Segamat Kecil iaitu menggunkan pemasaran di atas talian iaitu page facebook serta blog serta pemasaran melalui video bagi dinaikkan ke facebook mahupun saluran youtube (channeltv youtube). 

    


    

Pada 21 Januari 2017 (Sabtu) yang lalu, PEDi Felda Redong telah menganjurkan Program Tahunan 2017. Pelbagai pengisian telah dijalankan bagi menjayakan Program Tahunan itu di antaranya:-

  • Dashboard Komuniti (Mykomuniti, Myshop dan Myhealth)
  • Bengkel Asas Penghasilan Video (Movie Maker)
  • Bengkel Pengenalan Asas Komputer (Perkakasan Hardware & Software)
  • Mobile E-waste
  • Cheack Your Label
  • Program Advokasi Klik Dengan Bijak
  • Menarik Di Segamat.

   

Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan PEDi Felda Redong dengan komuniti Felda Redong secara amnya. Namun secara khususnya, program ini sebenarnya mengariskan matlamat yang lebih khusus iaitu:-

  • Program Advokasi Klik Dengan Bijak  - mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital.
  • Cheack Your Label - diberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label mcmc yang terdapat pada peralatan komunikasi.
  • Program Mobile E-waste- kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secaratidak berhemah.
  • Dashboard Komuniti  -  taklimat mengenai dashboard komuniti yang mana mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan pentadbiran yang secara tidak langsung dapat meningkat taraf sosio ekonomi setempat dan merapatkan jurang digital antara bandar dengan luar bandar.
  • Bengkel Asas Penghasilan Video- diberi pendedahan asas bagi menghasilkan  video dengan menggunakan tool movie maker.
  • Bengkel Asas Komputer – diberi pendedahan mengenai komponen komputer terutamanya di dalam cpu, cara untuk menginstall program dan juga memuat turun aplikasi(software).

   

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menjayakan program tahunan tersebut. Kami di pihak PEDi Felda Redong memohon maaf jika terdapat kesilapan dan tutur bahasa ketika menjayakan program tahunan kali ini. 


   

 

Pada  8 Februari 2017, Rabu yang lalu telah berlangsungnya mesyuarat PEDi Site Segamat Muar di PEDi Felda Chempelak Barat yang terdiri daripada 16 site bagi membuat post mortem sepanjang program yang dijalankan pada tahun 2016. Di mesyuarat ini juga, dibentangkan sekali perbelanjaan setiap majlis yang dianjurkan.

 

  

 

Selain itu juga, mesyuarat kali ini membincangkan juga apa kelemahan dan kelebihan dalam penganjuran program tahun lepas dan perkara-perkara yang perlu di tangani di masa hadapan. Dikesempatan ini juga, mesyuarat ini juga membincangkan perjalanan PEDi Site Segamat Muar bagi tahun ini. 


   

Pada 30 Disember 2016 (Jumaat) dan 31 Disember 2016 (Sabtu) yang lalu, PEDi  Kluster Segamat Muar telah terlibat di dalam Program Dasboard Karnival Usahawan RISDA yang berlangsung di perkarangan One Segamat.

    

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di booth PEDi Kluster Segamat Muar.  Pada kali ini, pihak PEDi Kluster Segamat Muar telah mensasarkan dan mengfokuskan untuk mempromosi MYSHOP di dalam aplikasi Dashboard Komuniti kepada usahawan RISDA dan serta pengunjung yang memeriahkan karnival tersebut.