Taklimat Dashboard Komuniti kepada YB. Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri merangkap Ahli Parlimen Labis yang disampaikan oleh Ketua Kluster Segamat Muar.

 

Bertempat di Dataran Labis, Johor telah berlangsung Karnival Kraf Labis 2016 dari 9 Disember 2016 (Jumaat) hingga 11 Disember 2016 (Ahad). Dikesempatan ini,PEDi Felda Redong bersama-sama PEDi Kluster Segamat Muar telah bersama-sama menjayakan program tersebut.

 Taklimat Dashboard Komuniti kepada YB. En Mohd Azahar Bin Hj Ibrahim, Adun Kawasan Labis .

 

PEDi  Kluster Segamat Muar telah mengambil kesempatan ini bagi membuat hebahan mengenai program penggunaan  aplikasi DASHBOARD KOMUNITI   yang mana iklankan produk secara percuma yang boleh diakses oleh pengguna seluruh Malaysia di bawah seliaan PEDi di bawah telco TM.

    

Secara tidak langsung ia dapat membantu usahawan untuk memasarkan produk mereka menggunakan alpikasi Dashboard - MyShop. Peserta juga akan diajar bagaimana untuk mengambil gambar produk yang betul dengan hanya menggunakan kamera telefon bimbit sahaja dan terus dimuatnaik ke aplikasi DASHBOARD KOMUNITI- Myshop.