Tarikh :23 Februari 2018 Masa :9.00am-11.00am Peserta : 10 orang |
Tujuan :
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah seramai 10 orang. Tujuan kuiz ini diadakan untuk menguji kefahaman peserta lanjutan daripada bengkel yang diadakan pada 10 Februari lalu bagi modul pemasangan komputer dan pemasangan sistem pengoperasian komputer. Selain itu juga, turut diadakan kuiz matapelajaran sains.
Aktiviti:
Kuiz diadakan dengan menggunakan platform http://quizizz.com yang meliputi modul pemasangan komputer dan pemasangan sistem pengoperasian komputer. Manakala kuiz matapelajaran sains meliputi topik kitaran makanan, sistem pernafasan, sistem planet dan habitat. Kepada peserta yang mengumpulkan markah yang tertinggi hadiah juga disedikan bagi memberi motivasi kepada peserta.
Tarikh :10 Februari 2018 Masa :10.00 am - 1.00 pm & 3.00pm -6.00pm Peserta :7 Orang |
Tujuan:
Bengkel pemasangan komputer dan pemasangan sistem pengoperasian komputer disertai 7 orang peserta. Matlamat bengkel diadakan untuk memperkenalkan komponen dan perkakasan yang terdapat di dalam sesebuah komputer serta peralatan yang diperlukan bagi memasang komputer. Selain itu juga, didedahkan cara pemasangan sistem pengoperasian komputer dan juga driver serta aplikasi yang ada di dalam sesebuah komputer.
Aktiviti:
Peserta didedahkan dengan perkakasan komputer iaitu perkakasan luaran dan juga dalaman. Penerangan mengenai komponen komputer juga diadakan. Selain itu juga, peserta didedahkan dengan peralatan yang diperlukan bagi memasang komputer. Latihan praktikal pemasangan komponen komputer turut didedahkan kepada peserta.
Selain itu juga, peserta juga diberi pendedahan latihan praktikal untuk memasang sistem pengoperasian komputer. Peserta diajar cara untuk memasang sistem pengoperasian, memasang driver, muat turun aplikasi serta kongsi printer melalui rangkaian.
Tarikh : 2 Februari 2018 Masa :9.00 am -11.00am Peserta : 5 orang |
Tujuan:
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan dan menambah ilmu peserta tentang pengetahuan sains sekolah rendah yang telah dipelajari. Di akhir pembelajaran ini, peserta akan mampu untuk menjawap soalan yang disediakan.
Aktiviti:
Peserta perlu menggunakan aplikasi quizizz.com untuk kecapaian soalan-soalan kuiz sains yang telah admin sediakan. Peserta perlu menjawap 50 soalan sains dari darjah 3 hingga darjah 5. Peserta perlu menjawap kesemua soalan dalam masa yang telah ditetapkan. Peserta dengan jumlah markah tertinggi akan mendapat ranking pertama dan seterusnya.
Tarikh : 9 Februari 2018 Masa : 9.00 am - 11.00am Peserta : 7 orang |
Tujuan:
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah rendah dan seorang pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar tentang fungsi penggunaan Microsoft Publisher terutama dalam menghasilkan flyer atau brochure.
Aktiviti:
Peserta perlu menggunakan Microsoft Publisher untuk menghasilkan brochure. Contoh brochure dan isi kandungan brochure diberi oleh tenaga pengajar dan peserta perlu menghasilkan brochure yang sama menggunakan publisher. Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan penggunakan tool yang terdapat dalam publisher. Dengan ini, peserta akan mampu menghasilkan brochure atau flyer seperti yang dikehendaki.
Tarikh : 27 Januari 2018 Masa : 9.00am - 11.00am Peserta : 6 orang |
Tujuan:
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah dan 1 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan dan menambah ilmu peserta tentang cara membuat belanjawan menggunakan microsoft excel dengan betul. Di akhir pembelajaran ini, peserta akan mampu untuk menghasilkan jadual kiraan belanjawan menggunakan mircosoft excel dan mampu menggunakan formula yang betul untuk mengira kiraan data.
Aktiviti:
Pesert perlu menghasilkan jadual, dan memasukkan data yang telah diberikan berdasarkan modul. Kemudian, pelajar perlu membuat kiraan berdasarkan data yang diberikan menggunakan formula yang betul.