Tarikh    : 5 Januari 2018

Masa     : 9.00am - 11.00am

Peserta : 5 orang

Tujuan:

Tujuan kelas ini adalah untuk mendedahkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah tentang cara penggunaan open source untuk membuat avatar atau animasi yang direka sendiri oleh peserta mengikut kreativiti. Melalui aktiviti ini, peserta mampu mengasah bakat dan meningkatkan daya kreativiti dan imiginasi mereka dalam menghasilkan watak diri sendiri atau 'avatar. Dalam kelas ini, peserta diajar juga tentang penggunaan dan fungsi butang-butang ikon yang terdapat dalam avatar maker.

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan menggunakan aplikasi avatar maker bagi menghasilkan avatar atau animasi kartun mengikut kreativiti peserta secara ringkas. Tenaga pengajar mengharahkan peserta mewujudkan 1 watak avatar yang melambangkan perwatakan dan diri mereka masing-masing. Peserta perlu menggunakan semua butang ikon yang terdapat dalam aplikasi tersebut sebaik mungkin untuk hasil yang menarik. Avatar yang telah disiap di simpan dalam profile facebook masing-masing.

Gambar disini