Tarikh    : 6 Januari 2018

Masa     : 9.00am - 11.00am

Peserta : 5 orang

Tujuan:

Tujuan kelas ini adalah untuk mendedahkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah tentang cara penggunaan dan fungsi tool hyperlink di dalam powerpoint dengan betul. Peserta juga didedahkan tentang cara mencari gambar berbentuk gif dan memasukkan gambar ke dalam slide powerpoint. Di Akhir kelas ini, peserta mampu menghasilkan portfolio interaktif mereka dengan menggunakan cara hyperlink. 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan tentang kepentingan dan fungsi microsoft powerpoint. Kemudian, peserta diminta untuk menyediakan portfolio berbentuk interaktif (mampu dilinkkan, mempunyai suara/muzik, mempunyai gambar berbentuk jpeg/gif). Peserta perlu berfikir secara kreatif untuk menghasilkan porfolio mereka secara ringkas. Peserta perlu menggunakan tool hyperlink di dalam powerpoint dan memastikan setiap slide yang mereka hasilkan mempunyai link ke slide yang dikehendaki. 

Gambar disini