Tarikh    :26 Mei 2018

Masa      :11.00 am - 12.30pm

Peserta   :1 Orang

Tujuan:

Kelas kali ini diikuti oleh seorang belia dan objektif utama adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang kesan-kesan buruk jika berkongsi maklumat provasi di laman sesawang atau di facebook peribadi.

Aktiviti:

Peserta diterangkan tentang kebaikan dan keburukan menggunakan media sosial. Peserta ditontonkan video tentang klik dengan bijak daripada SKMM tentang akibat berkongsi maklumat privasi di media sosial. Dengan ini, dapat memupuk kesedaran kepada peserta tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi.

Gambar disini


Tarikh      : 29 April 2018

Masa       :8.00 pagi hingga 3.00 petang

Tempat    : SMK Labis

Peserta    : Pelajar SMK Labis Dan Pengunjung Karnival 

 

Tujuan:

Peserta terdiri daripada pelajar SMK Labis serta pengunjung yang hadir bagi memeriahkan Karnival Mega SMK Labis 2018. Dapat kali ini, PEDi Daerah Segamat telah mengadakan booth dan pameran di karnival tersebut. PEDi Daerah Segamat telah mengambil kesempatan ini untuk  memberi kesedaran kepada penggunaan internet yang selamat dan berhikmah ketika melayarinya. Selain itu, turut diadakan penerangan mengenai dashboard  komuniti kepada pengunjung serta mempromosikan pertandingan dashboard komuniti dan juga memberi kesedaran tentang tahap kesihatan individu.Penglibatan PEDi Daerah Segamat ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan diantara PEDi Daerah Segamat dengan pihak SMK Labis secara khasnya dan komuniti secara amnya.

Aktiviti:

Taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi telah diberikan kepada pengungjung dan peserta yang hadri ke Karnival Mega SMK Labis. Penerangan berkaitan dashboard komuniti turut diadakan dan menggalakkan memuat turun aplikasi dashboard komuniti di smartphone masing-masing serta membuat promosi pertandingan dashboard komuniti yang sedang berlangsung dan akan tamat pada 15 Mei 2018. Dikesempatan ini juga, PEDi Segamat juga telah membuka booth bagi memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma iaitu tekanan darah dan kandungan gula dalam darah serta nasihat mengenai tahap kesihatan dan juga gaya hidup yang sihat.

Gambar disini.


Tarikh        :24 April 2018

Masa         :2.00 pm - 4.00pm

Peserta     : 2 Orang

Tujuan:

Kelas kali ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah seramai 2 orang. Objektif utama adalah untuk menguji kemahiran dan tahap penguasaan  dalam menggunakan enjin carian. Peserta didedahkan cara membuat peta minda yang kreatif bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di atas talian di http://www.mindmup.com.

Aktiviti:

Peserta didedahkan cara menggunakan aplikasi membuat peta minda secara di atas talian di http://www.mindmup.com. Peserta dikehendaki menyediakan peta minda yang menarik serta kreatif. Peserta diberikan tugasan menyediakan peta minda bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia yang bertajuk kebaikan menabung.

Gambar disini


Tarikh       : 24 April 2018

Masa         :4.00 pm - 6.00pm

Peserta      : 2 orang

 

Tujuan :

Kelas dihadiri seramai 2 orang peserta. Peserta diberi pendedahan menggunakan postermywall.com bagi menghasilkan poster yang menarik dan simple. Selain itu, penerangan menggunakan aplikasi dashboard komuniti iaitu membuat pengumuman di Mykomuniti turut diadakan.

Aktiviti :

Peserta diberi pendedahan cara menggunakan tool yang terdapat di http://www.postermywall.com . Peserta dikehendaki membuat poster ucapan sempena Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei 2018. Poster yang telah siap dikehendaki dimuat naik di Mykomuniti sebagai pengumuman menggunakan aplikasi dashboard komuniti.

Gambar disini 


Tarikh    : 1 - 31 Mac 2018

Masa     : 9.00 am - 6.00 pm (setiap Jumaat dan Sabtu)

Peserta : 16 orang

Tujuan:

Kelas tuisyen ini dibuka untuk pelajar sekolah rendah tahun 1 hingga tahun 5. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu membimbing pelajar sekolah rendah dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Silibus yang diajar adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan kurikulum standart sekolah rendah (KSSR).

Aktiviti:

Kelas diadakan setiap minggu pada hari jumaat dan sabtu. Pembelajaran didalam kelas berbentuk 'teacher center learning', 'problem base learning' dan 'interaktif learning diterapkan didalam kelas. Elemen e-pembelajaran juga diselitkan untuk menarik minat pelajar terhadap bab yang dipelajari. Pelajar yang tidak tahu membaca diajar kaedah membaca dengan betul manakala pelajar yang lemah subjek matematik, sains dan bahasa inggeris diajar secara tutorial. Latihan berbentuk interaktif juga diberikan untuk memantapkan lagi pengetahuan mereka tentang bab yang telah diajar.

Gambar disini.