Tarikh : 9 Mac 2018 Masa : 3.00 pm - 6.00 pm Peserta : 9 orang |
Tujuan :
Peserta terdiri daripada 9 orang pelajar sekolah rendah. Matlamat kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan peserta cara menggunakan enjin carian dengan betul dan tangkas. Selain itu juga pelajar dedahkan cara membuat peta minda yang kreatif dan cantik dengan menggunakan aplikasi bubbl.us.
Aktiviti:
Peserta didedahkan menggunakan enjin carian menggunakan google dan juga yahoo. Peserta juga diajar dan diberi pendedahan cara membuat peta minda di atas talian di https://bubbl.us. Bagi menguji tahap kefahaman menggunakan enijn carian peserta telah diberikan tugasan mencari info berkaitan faedah /kebaikan - membaca buku, bersukan, menabung, menonton televisyen, kitar semula, percutian, berkebun dan membaca suratkhabar. Selepas itu, peserta dikehendaki membuat peta minda yang menarik berkaitan topik yang diberikan.