Tarikh    : 21  Disember 2017

Masa     : 11.00am - 1.00pm

Peserta  : 4 orang

Tujuan:

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah seramai 4 orang. Peserta dikehendaki menghasilkan video yang simple dan ringkas menggunakan aplikasi movie maker. Tema yang diberikan adalah aktiviti sepanjang tahun yang dijalankan di PEDi Felda Redong.

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan menggunakan aplikasi movie maker bagi menghasilkan video yang simple bertepatan dengan tema iaitu aktiviti sepanjang tahun 2017 yang dijalankan di PEDi  Felda Redong . Peserta dibekalkan gambar aktiviti yang dijalankan  di PEDi dari Januari sehingga November 2017 dan memilih sendiri gambar yang hendak dimuatkan dalam video yang dihasilkan.Peserta juga didedahkan mencari lagu yang sesuai dijadikan lagu latar di youtube dan kemudiannye memuat turun lagu tersebut menggunakan laman sesawang di https://keepvid.com/.Video yang siap boleh dinaikkan di laman sosial iaitu facebook bagi mereka yang mempunyai laman sosial.


 Tarikh   : 21 Disember 2017

Masa     : 9.00am-11.00am

Peserta  : 4 orang

 

Tujuan:

Pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah seramai 4 orang. Pelajar diajar dan didedahkan mengenai  tatacara housekeeping komputer yang mudah difahami serta penerangan mengenai faedah pelaksanaan housekeeping kepada sesebuah komputer.

Aktiviti:

Pelajar diajar untuk menyemak versi sistem pengoperasian komputer. Kemudian pelajar didedahkan dan diajar cara tatacara housekeping komputer iaitu delete browsing history, disk cleanup, dan  disk defragmenter.


Tarikh   : 20 Oktober 2017

Masa     : 9.30 am - 12:30pm

Peserta  : 4 orang

Tujuan:

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah seramai 4 orang. Peserta dikehendaki menghasilkan video yang simple dan ringkas menggunakan aplikasi movie maker. Tema yang diberikan adalah Hiking Ke Bukit Botak.

   

Aktiviti :

Peserta diberi pendedahan menggunakan aplikasi movie maker bagi menghasilkan video yang simple bertepatan dengan tema iaitu Hiking Ke Bukit Botak. Peserta diajar muat turun gambar dari laman sosial iaitu facebook Sekolah Kebangsaan Felda Redong yang mempunyai program mendaki ke Bukit Botak. Peserta juga didedahkan mencari lagu yang sesuai dijadikan lagu latar di youtube dan kemudiannye memuat turun lagu tersebut menggunakan laman sesawang di https://keepvid.com/


Tarikh   : 29  November 2017

Masa    : 8.00 pagi - 1.00 tengahhari

Tempat : Dewan Sri Peria, UiTM Segamat.

Peserta :284 orang

Tujuan:

Gabungan 7 PEDi Daerah Segamat iaitu Pemanis 2, Taman Yayasan, Medoi, Kemelah, Redong, Tenang dan Chemplak bekerjasama dengan dengan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Segamat bagi menganjurkan Seminar Mobile Ewaste:Sustain  The Future. Program  kali ini lebih mengfokuskan kepada  Mobile Ewaste kepada pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat yang terdiri daripada pelajar diploma dan ijazah seramai 284 orang. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar cara pengurusan mobile ewaste, check yoor label dan klik dengan bijak.

Aktiviti:

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Asyraf Bin Wahi Anuar, KPP Fakulti Pengurusan Maklumat di Dewan Sri Peria, UiTM Segamat. Kemudian penerangan serba sedikit mengenai  fungsi PEDi dan diikuti dengan taklimat pengurusan mobile ewaste. Bagi menguji kefahaman mengenai mobile ewaste telah diadakan kuiz berkaitan dengan mobile ewaste. Seterusnya diikuti dengan taklimat check your label dan klik dengan bijak. Sekali lagi kuiz diadakan sebelum sesi soal jawab diadakan. Selain itu juga, petugas dari PEDi  turut mengambil kesempatan untuk membuat promosi aplikasi dashboard komuniti kepada peserta yang mengikuti program kali ini. Majlis ditutup dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Gambar disini


Tarikh    : 14 Oktober 2017

Masa     :10.00 am – 12.00pm

Peserta : 4 orang

Tujuan :

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga menengah seramai 4 orang sahaja. Pada kali ini, pelajar dikehendaki menyediakan slaid perbentangan yang bertajuk Tanah Tumpahku, Felda Redong. Matlamat kelas pada kali ini adalah untuk memupuk semangat cintahkan tanah air dimana tempatnya peserta dilahirkan dan dibesarkan di dalam suasana komuniti Felda Redong. Selain itu peserta dapat mempelajari serta menguasai kemahiran menggunakan microsoft powerpoint.

 

Aktiviti:

Peserta dikehendaki membuat slaid pembentangan mengenai sejarah Felda Redong. Peserta didedahkan kemahiran menggunakan google maps bagi mencari lokasi Felda Redong yang mana peserta dikehendaki letakan lokasi Felda Redong di dalam slaid pembentangan tersebut. Selain itu juga, peserta didedahkan kemahiran menggunakan snipping tool bagi mendapatkan peta lokasi Felda Redong. Peserta juga diberi pendedahan cara penggunaan elemen animasi, insert, design serta transitions. Dikesempatan ini juga, peserta diperkenalkan laman portal PEDi Felda Redong.