Tarikh : 14 Oktober 2017 Masa :10.00 am – 12.00pm Peserta : 4 orang |
Tujuan :
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga menengah seramai 4 orang sahaja. Pada kali ini, pelajar dikehendaki menyediakan slaid perbentangan yang bertajuk Tanah Tumpahku, Felda Redong. Matlamat kelas pada kali ini adalah untuk memupuk semangat cintahkan tanah air dimana tempatnya peserta dilahirkan dan dibesarkan di dalam suasana komuniti Felda Redong. Selain itu peserta dapat mempelajari serta menguasai kemahiran menggunakan microsoft powerpoint.
Aktiviti:
Peserta dikehendaki membuat slaid pembentangan mengenai sejarah Felda Redong. Peserta didedahkan kemahiran menggunakan google maps bagi mencari lokasi Felda Redong yang mana peserta dikehendaki letakan lokasi Felda Redong di dalam slaid pembentangan tersebut. Selain itu juga, peserta didedahkan kemahiran menggunakan snipping tool bagi mendapatkan peta lokasi Felda Redong. Peserta juga diberi pendedahan cara penggunaan elemen animasi, insert, design serta transitions. Dikesempatan ini juga, peserta diperkenalkan laman portal PEDi Felda Redong.