Tarikh          :8 Oktober 2017 (Ahad)

Masa            :7.30 am - 1.00 pm

Tempat         : SK Felda Pemanis 1

Pengunjung    : 51 orang

Tujuan: 

Pada 8 Oktober 2017 yang lalu, gabungan dari PEDi Felda Pemanis, Taman Yayasan, Felda Medoi,  Felda Redong, Felda Tenang dan  Felda Chemplak telah mengikuti dan menyertai Program JOM Sihat Di SK Felda Pemanis.  Gabungan PEDi  ini telah membuka booth bagi mempromosikan aplikasi dashboard komuniti kepada pengunjung yang hadir ke program tersebut dan mengeratkan hubungan di antara PEDi dengan komuniti setempat dan khususnya dengan pihak sekolah. Program terseut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah.

 

Aktiviti:

Phak PEDi membuat promosi aplikasi dashboard komuniti kepada pengunjung yang hadir. Selain itu, pendaftaran ahli PEDi turut dibuka. Pengunjung diterangkan cara penggunaan menggunakan aplikasi dashboard komuniti dan mereka yang muat turun aplikasi dashboard komuniti di smartphone diberi hadiah. Selain itu, pemerikasaan tekanan darah juga diberikan kepada semua pengunjung yang hadir ke booth kami.

Lebih banyak  gambar disini