Tarikh   : 15 September 2017(Jumaat)

Masa     : 9.00 am - 12.30pm

Peserta  : 7 orang

Tujuan: 

Kelas ini terdiri daripada 7 orang peserta kesemuanya. Kelas kali ini merupakan penutup bagi aktiviti semarak kemerdekaan dari bulan lepas sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia, secara tidak langsung dapat memupuk semangat cintakan tanah air. Selain itu juga, pelajar dapat mempelajari dan menguasai kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.

  

Aktiviti.

 

Pelajar diberi tugasan untuk membuat poster sempena Hari Malaysia. Pelajar dibekalkan dengan 2 poster tahun lepas untuk diedit dan digunakan di dalam poster baru yang dibuat oleh pelajar. Pelajar didedahkan cara untuk memasukkan gambar, mengedit gambar, copy dan paste, penggunaan word art, serta latar belakang bagi menyiapkan tugas membuat poster. Selain itu, tekan silang kata dan word search yang bertemakan kemerdekaan bagi mengisi slot pada hari ini. Aktiviti bina perkataan daripada Program Advokasi Klik Dengan Bijak turut diadakan.


Tarikh    : 8 September 2017(Jumaat)

Masa      :10.00 am hingga 12.00 pm

Peserta   :8 orang

Tujuan:

Kelas terdiri daripada 8 orang peserta. Kelas kali ini adalah untuk menguji tahap kemahiran peserta dalam menggunakan pemprosesan kata. Selain itu juga, untuk mengetahui tahap kemahiran menerokai enjin carian dengan betul dan selamat.

 

Aktiviti.

Kelas pada kali ini pelajar diberikan untuk  menyediakan 2 tugasan iaitu membuat risalah perniagaan dan juga kad ucapan. Pelajar diajar cara menggunakan enjin carian bagi menyempurnakan tugsan yang diberi. Pelajar diajar juga cara untuk mengedit gambar, membuat jadual, membuat bullet,memasukkan clip art, word art, membuat border dan jua memasukkan gambar. Selain itu, pelajar juga didedahkan kemahiran menggunakan snipping tool.


Tarikh    : 27 Ogos 2017

Masa     :9.00am – 12.40am

Peserta  : 6 orang

Tujuan:

Kelas diikuti oleh pelajar sekolah rendah seramai 6 orang dan tidak mempunya kemahiran asas komputer. Oleh yang demikian, pelajar diberi pendedahan mengenai cara penggunaan tetikus dan menaip secara online. Selain itu juga, pelajar diberi pendedahan mengenai komponen komputer serta fungsinya.

   

Aktiviti.

Penerangan mengenai komponen komputer serta fungsinya. Selain itu, pelajar diberi pendedahan untuk menguasai penggunaan tetikus melalui latihan di mouseprogram.com. Untuk meningkatkan tahap kemahiran menaip dan fungsi penggunaan papan kekunci, pelajar dikehendaki membuat latihan tutorial menaip secara di atas talian  di http://sense-lang.org sebanyak 16 modul.


Tarikh    : 7 September 2017 (Khamis)

Masa     : 9.00 pagi hingga 2.00 petang

Peserta : 55 Orang

Tujuan:

Untuk program promosi aplikasi dashboard komuniti September 2017 ini telah dihadir seramai 55 orang yang terdiri daripada peserta Kelab AIM Cawangan Felda Redong serta GPW Felda Redong. Program ini adalah untuk memperkenalkan dan mengajar cara penggunaan dashboard komuniti kepada komuniti setempat. Program kali ini lebih menitik beratkan muat turun aplikasi dan cara penggunaan dashboard komuniti itu sendiri.

Aktiviti:

Peserta Program Dashboard Komuniti September 2017 dikehendaki untuk muat turun di aplikasi dashboard komuniti di smartphone sendiri. Bagi mereka yang tidak mempunyai smartphone menggunakan komputer yang terdapat di PEDi Felda Redong. Peserta didedahkan cara untuk membuat pengumuman di Mykomuniti yang mana segala info setempat boleh dimuat naik kepada sistem ini. Peserta juga diajar cara menggunakan MyShop dengan muat naik produk perniagaan sendiri. Selain itu juga, diberi pendedahan cara untuk memplotkan kawasan perniagaan menggunakan Myplace. Tidak ketinggalan juga, bagi slot Myhealth mengisi pengisian program kali ini dengan pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan. Selain itu juga , kuiz kahoot bagi menguji kefahaman mengenai dashboard komuniti dan juga cabutan bertuah.

Gambar disini.


Tarikh  : 25 Ogos 2017

Masa   :9.00am – 12.40am

Peserta : 5 orang

 

Tujuan:

Kelas diikuti oleh 5 orang pelajar. Pelajar diberi pendedahan mengenai fungsi dan cara menggunakan microsoft powerpoint. Selain itu juga, pelajar diperkenalkan dan cara menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti terutamanya membuat pengumuman di MyKomuniti dan juga memplot lokasi di MyPlace. Kuiz kemerdekaan dan menghasilkan poster  sempena hari kemerdekaan bagi memupuk semangat cinta negara.

 

Aktiviti:

Pelajar diberi pendedahan menggunakaan powerpoint dan mengaplikasikan cara penggunaan tersebut dengan menghasilkan poster kemerdekaan. Hasil dari kelas tersebut, pelajar dikehendaki menaikkan di MyKomuniti di aplikasi Dashboard Komuniti. Selain itu juga, pelajar diberi pendedahan cara untuk memplotkan kawasan  di Dashboard Komuniti. Selain itu juga diadakan kuiz kahoot untuk menguji tahap pengetahuan am mengenai kemerdekaan dan juga aplikasi dashboard komuniti.