Tarikh    : 7 September 2017 (Khamis)

Masa     : 9.00 pagi hingga 2.00 petang

Peserta : 55 Orang

Tujuan:

Untuk program promosi aplikasi dashboard komuniti September 2017 ini telah dihadir seramai 55 orang yang terdiri daripada peserta Kelab AIM Cawangan Felda Redong serta GPW Felda Redong. Program ini adalah untuk memperkenalkan dan mengajar cara penggunaan dashboard komuniti kepada komuniti setempat. Program kali ini lebih menitik beratkan muat turun aplikasi dan cara penggunaan dashboard komuniti itu sendiri.

Aktiviti:

Peserta Program Dashboard Komuniti September 2017 dikehendaki untuk muat turun di aplikasi dashboard komuniti di smartphone sendiri. Bagi mereka yang tidak mempunyai smartphone menggunakan komputer yang terdapat di PEDi Felda Redong. Peserta didedahkan cara untuk membuat pengumuman di Mykomuniti yang mana segala info setempat boleh dimuat naik kepada sistem ini. Peserta juga diajar cara menggunakan MyShop dengan muat naik produk perniagaan sendiri. Selain itu juga, diberi pendedahan cara untuk memplotkan kawasan perniagaan menggunakan Myplace. Tidak ketinggalan juga, bagi slot Myhealth mengisi pengisian program kali ini dengan pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan. Selain itu juga , kuiz kahoot bagi menguji kefahaman mengenai dashboard komuniti dan juga cabutan bertuah.

Gambar disini.