Pada 16 November 2016 (Rabu), PEDi Daerah Segamat Muar telah mengadakan kerjasama dengan Kolej Komuniti 2 Batu Anam, Segamat  bagi mengadakan Program Advokasi KDB  Dan Dashboard Komuniti Bersama pelajar Kolej Komuniti 2 Batu Anam, Segamat.

 

Program ini bertujuan untuk memupuk peserta untuk menjadi seorang netizen yang bertanggungjawab dan berhemah dalam penggunaan teknologi yang semakin berkembang tanpa sempadan. Selain dari itu, program ini juga adalah untuk memperkenalkan PEDi berkaitan fungsi, perkhidmatan dan program-program yang ditawarkan khususnya modul Dashboard Komuniti.

 

 

Antara pengisian program dengan meliputi taklimat mengenai PEDi, taklimat advokasi klik dengan bijak serta taklimat dahboard komuniti serta diselitkan dengan latihan di dalam kumpulan (LDK). Program ini juga diadakan  3 pertandingan iaitu kuiz dahboard komuniti, 15sec Funniest Video dan Take a snapshot

 


Tarikh             : 21 Oktober 2016 (Jumaat)

Masa              : 7.30 am – 12.30pm

Tempat           : Dewan Serbaguna Felda Kemelah

      

Karnival I Want & Future Johor 2016 Peringkat Daerah Segamat telah dianjurkan oleh yang di Pejabat Kesihatan Daerah Segamat dengan kerjasama KOSPEN Felda Kemelah diadakan di Dewan Serbaguna Felda Kemelah pada 21 Oktober 2016 yang lalu.

      

Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan bagi memeriahkan lagi karnival iaitu pameran daripada pelbagai agensi, Jom Run For Volunteers , pertandingan mewarna, booth dari KKM, treasure hunt, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain lagi.

      

Dikesempatan ini, PEDi Daerah Segamat turut terlibat dengan membuka booth untuk mempromosikan PEDi ini kepada komuniti serta memperkenalkan Aplikasi Dashboard Komuniti kepada pengunjung yang hadir. Pelbagai aktiviti disediakan dibooth PEDi antaranya cabutan bertuah, muat turun aplikasi dashboard komuniti serta pendaftaran ahli baru.

        


Tarikh             : 7 Oktober 2016 (Jumaat)

Masa              : 9:00am-5:00pm

Tempat           : Dewan Semai Bakti  Felda Chemplak, Labis, Segamat, Johor

          

 

Telah berlangsung Bengkel Aplikasi dan Lego (BAL) anjuran SKMM pada 7 Oktober 2016 yang lepas di Dewan Semai Bakti  Felda Chempelak. Matlamat bengkel ini diadakan adalah pelajari sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) melalui bengkel selama satu hari membangunkan aplikasi mudah alih dan perisian lego.

          

Secara tidak langsung bengkel ini dapat membina kreativiti peserta di  dalam permainan lego. Latihan di dalam kumpulan (LDK) secara tidak langsung dapat memupuk semangat inovatif dan semangat berpasukan dalam menjayakan misi. Diharap pendedahan bengkel ini dapat menarik minat pelajar dalam bidang kejuruteraan.

          

 

Diharap impak daripada bengkel ini dapat memupuk minat pelajar-pelajar menerokai bidang kejuruteraan dan dapat membina semangat berpasukan diantara satu sama lain.


         

Pada 7 dan 8 Oktober 2016  telah berlangsung Hari Sukan Negara yang mana telah disambut di seluruh negara yang mempunyai matlamat mengamalkan kehidupan yang sihat. Manakala di peringkat Daerah Segamat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat  dan Majlis Daerah Segamat telah menganjurkan Hari Sukan Negara Daerah Segamat di Dataran Segamat serta sekitar Daerah Segamat.

          

Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan ketika Hari Sukan Negara Daerah Segamat  ini berlangsung . Antaranya ialah pameran auto show, fun run challange, sukanneka,zumba perdana,senamrobik perdana , pertandingan silat dan lain-lain lagi.

          

Tidak ketinggalan PEDi Daerah Segamat telah mengambil peluang mempromosikan PEDi  kepada komuniti dan juga penerangan aplikasi terbaru  iaitu Dashbord Komuniti . Pihak PEDi telah membuka booth membolehkan pengunjung mengetahui lebih banyak info  mengenai PEDi, aktiviti yang PEDi , misi dan visi PEDi untuk menjadikan komuniti celik teknologi maklumat dan tiada jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

          

Aplikasi Dashbord Komuniti  juga membuka peluang kepada peniga-peniaga kecil yang ingin mempromosikan perniagaan di seluruh Malaysia kerana aplikasi ini boleh di akses di seluruh kawasan yang mempunyai PEDi.