Tarikh   : 2 Ogos 2017

Masa    :4.00 pm – 6.00 pm

Peserta : 6 orang

Tujuan:

Kelas dihadiri  seramai 6 orang merupakan pelajar darjah 6 Sekolah Kebangsaan Felda Redong yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada September 2017. Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi peluang pelajar untuk  mengulangkaji pelajaran di atas talian di www.ilearnace.com dan 1 Bestari.

 

Aktiviti:

Pelajar membuat ulangkaji di atas tali di www.ilearnace.com dan 1BestariNet. Pelajar membuat ulangkaji bagi mata pelajar Bahasa Melayu, Matematik dan juga Sains. Bimbingan minimum turut diberikan oleh petugas dalam menggunakan aplikasi pembelajaran tersebut.


PEDi Felda Redong telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Hari Dashboard Raya Komuniti 2017. Program tersebut telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan dengan  21 Julai 2017 dan dihadiri lebih kurang 60 orang .

 

Objektif  program kali ini  adalah untuk memperkenalkan dan mengajar cara penggunaan dashboard komuniti kepada komuniti setempat. Program kali ini lebih menitik beratkan muat turun aplikasi dan cara penggunaan dashboard komuniti itu sendiri. Peserta didedahkan cara untuk membuat pengumuman di Mykomuniti yang mana segala info setempat boleh dimuat naik kepada sistem ini. Selain itu juga, diperkenalkan cara menggunakan Myshop bagi memasarkan produk perniagaan yang dijalankan oleh usahawan dan cara melihat sesuatu produk yang dipamerkan. Manakala, untuk modul Myhealth, pemeriksaan tekanan darah dan berat badan juga dijalankan pada program tersebut.

 

Semoga aplikasi dashboard ini memberikan manfaat kepada komuniti setempat .Pihak PEDi Felda Redong merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang menjayakan program kali ini iaitu ahli PEDi Felda Redong, Ahli Kelab Combi dan 10 Ribu Langkah, JKKR Felda Redong, KAF Felda Redong dan Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong. 


Pada tanggal 2 Mei 2017, gabungan 7 PEDi Site Segamat iaitu PEDi  Felda Pemanis 2, PEDi  Taman Yayasan, PEDi  Felda Medoi, PEDi  Felda Kemelah, PEDi Felda Redong, PEDi Felda Tenang serta PEDi Felda Chemplak telah mengadakan Program Advokasi Bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Feda Pemanis Satu dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Felda Pemanis Satu dan Persatuan Generasi Ke 2 Felda Pemanis Satu.

  

Dikesempatan ini, PEDi Segamat telah diberikan satu slot bermula dari pukul 3 petang sehingga 5 petang bagi mengisi  program Kem Motivasi Pelajar UPSR Sekolah Kebangsaan Felda Pemanis Satu. Petugas PEDi mengambil kesempatan ini untuk melakukan program advokasi, check your label dan juga e-waste kepada peserta dan ahli jawatankuasa Kem Motivasi Pelajar UPSR sekolah Kebangsaan Felda Pemanis Satu.

 

Kami dari PEDi mengucapkan ribuan terima kasih di atas undangan dari Sekolah Kebangsaan Felda Pemanis Satu dan mendoakan semoga semua pelajar berjaya di dalam peperiksaaan UPSR tahun ini.


Program Advokasi Bersama Kelab Penaja Usahawan Ikhtiar Labis (KUSIL) telah diadakan pada 5 Mei 2017 hari Jumaat dari 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi di adakan di Dewan Serbaguna Taman Indah. peserta kali ini terdiri daripada peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Segamat bagi Blok Tenang dan juga Bekok.

 

Gabungan daripada 7 PEDi Segamat telah memenuhi tempoh 60 minit yang diberikan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Segamat dengan mengadakan program advokasi. Selain itu juga, diadakan pertandingan mewarna kepada peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi Blok Tenang dan Bekok yang membawa anak bersama pada hari tersebut.

 

Majlis perasmian telah disempurkan olah YB En Mohd Azahar Bin Ibrahim, ADUN Labis. Diharapkan kerjasama dan perhubungan baik  diantara pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan terus terjalin dengan mengadakan pelbagai kelas di masa akan datang.


Seminar Karektor Usahawan telah dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan menjemput QNM Resources Sdn Bhd sebagar tenaga pengajar. Seminar Karektor Usahawan telah diadakan di Dewan Peladang Bandar,Segamat Baru pada 3 April 2017 yang lalu.

   

Pengisian seminar kali ini lebih menekankan ciri-ciri yang perlu ada kepada seseorang usahawan. Seminar ini lebih mengfokuskan kepada ahli Amanah Iktihiar Malaysia di cawangan yang terdapat di Segamat lebih kurang 200 peserta.

   

Kami dari 7 PEDi Site Segamat yang terdiri daripada PEDi Felda Pemanis2, PEDi Taman Yayasan, PEDi Felda Medoi, PEDi Felda Kemelah, PEDi Felda Redong, PEDi Felda Tenang dan juga PEDi  Felda Chemplak telah diberi slot untuk seminar kali ini. Pengisian bagi memenuhi slot ini dengan mengadakan taklimat advokasi klik dengan bijak, check your label dan mobile e-waste serta dashboard komuniti iaitu myshop.