YB. Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri merangkap Ahli Parlimen Labis turut melawat booth kami.
Bertempat di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Labis telah di adakan Karnival Ekopelancongan Labis 2017. Karnival ini diadakan pada 18 Mac 2017, Sabtu yang mana objektifnya karnival tersebut adalah memberi tahu kepada komuniti setempat amnya, bahawa ia mula dibuka kepada umum setelah lama ditutup bagi melakukan kerja-kerja penyelanggaran dan pembaikan.
Dikesempatan ini, kami dari 7 PEDi Site Segamat yang terdiri daripada PEDi Felda Pemanis2, PEDi Taman Yayasan, PEDi Felda Medoi, PEDi Felda Kemelah, PEDi Felda Redong, PEDi Felda Tenang dan juga PEDi Felda Chemplak telah membuka booth di karnival tersebut.
Suasana booth kami di Karnival Ekopelancongan Labis 2017
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang membuka booth di karnival tersebut iaitu mempromosikan dashboard komuniti terutamanya sekali MyShop, program advokasi klik dengan bijak, check your label dan juga mobile e-waste serta pendaftaran ahli. Selain itu juga, kami mengadakan pertandingan word search dan juga puzzle kepada pengunjung bagi memeriahkan lagi booth kami.
Dikesempatan ini juga, kami mengambil peluang untuk membuat shooting video bagi Menarik Di Segamat di persekitaran Pusat Rekreasi Kolam Air Panas dan kami juga mempromosikan Facebook Page kami iaitu Menarik Di Segamat.
Pertandingan puzzle dashboard komuniti dan juga pemenang pertandingan yang dijalankanoleh pihak PEDi.