PEDi Felda Redong telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Hari Dashboard Raya Komuniti 2017. Program tersebut telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan dengan 21 Julai 2017 dan dihadiri lebih kurang 60 orang .
Objektif program kali ini adalah untuk memperkenalkan dan mengajar cara penggunaan dashboard komuniti kepada komuniti setempat. Program kali ini lebih menitik beratkan muat turun aplikasi dan cara penggunaan dashboard komuniti itu sendiri. Peserta didedahkan cara untuk membuat pengumuman di Mykomuniti yang mana segala info setempat boleh dimuat naik kepada sistem ini. Selain itu juga, diperkenalkan cara menggunakan Myshop bagi memasarkan produk perniagaan yang dijalankan oleh usahawan dan cara melihat sesuatu produk yang dipamerkan. Manakala, untuk modul Myhealth, pemeriksaan tekanan darah dan berat badan juga dijalankan pada program tersebut.
Semoga aplikasi dashboard ini memberikan manfaat kepada komuniti setempat .Pihak PEDi Felda Redong merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang menjayakan program kali ini iaitu ahli PEDi Felda Redong, Ahli Kelab Combi dan 10 Ribu Langkah, JKKR Felda Redong, KAF Felda Redong dan Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong.