Tarikh   : 19 Mac 2018

Masa    : 10.00 am - 11.00 am

Peserta : 3 orang

Tujuan :

Peserta terdiri daripada 3 orang pelajar sekolah rendah. Matlamat kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan pemahaman pelajar tentang topik sains sekolah rendah yang telah dipelajari. Kuiz terdiri daripada topik sains tahun 3 dan 4. Melalui kelas ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran penggunaan IT dan komputer.

Aktiviti:

Peserta perlu mendaftar masuk web quizizz terlebih dahulu dan memasuki kod kelas. Kemudian peserta perlu menjawap soalan kuiz sains yang telah admin berikan. 

Gambar disini.


Tarikh     : 19 Mac 2018

Masa      : 9.00 am - 10.00 am

Peserta  : 2 Orang

 

Tujuan :

Peserta terdiri daripada 2 orang pelajar sekolah rendah. Matlamat kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar tentang cara menggunakan tool didalam powerpoint dengan betul terutama dalam menghasilkan animasi dann kesan bunyi dalam powerpoint.

Aktiviti:

Peserta diarahkan untuk menghasilkan 1 animasi kereta yang bergerak di jalan raya. Peserta perlu mencari gambar format png dan memasukkan latarbelakang jalan raya dan juga kereta kedalam slide powerpoint. Kemudian peserta perlu memasukkan bunyi dengan menggunakan tool didalam powerpoint. Diakhir kelas peserta mampu menghasilkan kereta yang sedang bergerak di jalan raya dengan kesan bunyi yang sesuai.

Gambar disini.


 Tarikh   : 9 Mac 2018

Masa    : 3.00 pm - 6.00 pm

Peserta : 9 orang

Tujuan :

Peserta terdiri daripada 9 orang pelajar sekolah rendah. Matlamat kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan peserta cara menggunakan enjin carian dengan betul dan tangkas. Selain itu juga pelajar dedahkan cara membuat peta minda yang kreatif dan cantik  dengan menggunakan aplikasi bubbl.us.

Aktiviti:

Peserta didedahkan menggunakan enjin carian menggunakan google dan juga yahoo. Peserta juga diajar dan diberi pendedahan cara membuat peta minda di atas talian di https://bubbl.us. Bagi menguji tahap kefahaman menggunakan enijn carian peserta telah diberikan tugasan mencari info berkaitan  faedah /kebaikan - membaca buku, bersukan, menabung, menonton televisyen, kitar semula, percutian, berkebun dan membaca suratkhabar. Selepas itu, peserta dikehendaki membuat peta minda yang menarik berkaitan topik yang diberikan.

Gambar disini.


 

Tarikh    : 10 Mac 2018

Masa     : 9.00 am - 1.00 pm

Tempat  : SJKC Jagoh, Bandar Putra, Segamat.

Peserta  : 117 orang

Tujuan:

Peserta terdiri daripada pengunjung dan peserta bola jaring di Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Segamat 2018 seramai 117 orang yang diadakan di SJKC Jagoh anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Segamat. Penglibatan PEDi Daerah Segamat dalam program kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penggunaan internet dengan cara yang selamat serta berhikmah ketika melayarinya. Selain itu juga, turut diadakan penerangan mengenai dashboard  komuniti kepada pengunjung dan juga memberi kesedaran tentang tahap kesihatan individu. Penglibatan PEDi Daerah Segamat ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan diantara PEDi Daerah Segamat dengan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Segamat secara khasnya dan komuniti secara amnya.

Aktiviti:

Taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi telah diberikan kepada pengungjung dan peserta yang hadri ke Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Segamat 2018. Penerangan berkaitan dashboard komuniti turut diadakan dan menggalakkan memuat turun aplikasi dashboard komuniti di smartphone masing-masing. Dikesempatan ini juga, PEDi Daerah Segamat juga telah membuka booth bagi memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma iaitu tekanan darah dan kandungan gula dalam darah serta nasihat mengenai tahap kesihatan dan juga gaya hidup yang sihat.

Gambar disini.


 

Tarikh         : 4 Mac 2018

Masa          : 8.00 am - 1.00pm

Tempat       : PEDi Taman Yayasan

Peserta      : 100 orang

Tujuan :

Memohon undangan daripada pihak PEDi Taman Yayasan bagi membantu menjayakan program Hari Bersama Komuniti Dan Usahawan PEDi Taman Yayasan. Matlamat program ini diadakan bagi memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada usahawan industri kecil sederhana (IKS) dan secara tidak langsung membantu untuk mempromosikan lagi produk-produk mereka di dalam Myshop. Selain itu juga memberi kesedaran terhadap gaya hidup dan juga cara penggunaan internet dengan cara yang berhikmah dan selamat.

Aktiviti:

Para peserta diperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti dan cara penggunaan serta menggalakkan peserta untuk muat turun aplikasi tersebut. Selain itu juga, diadakan bengkel perniagaan di atas talian dan juga menggalakkan perniagaan untuk mempromosikan produk masing-masing di Myshop. Taklimat kesedaran dengan penggunaan internet turut diadakan dan disediakan juga tong untuk mengisi peranti telekomunikasi yang telah usang. Pada program ini juga telah menjemput KOSPEN Kg Bumbun bagi mengadakan pemeriksaan kesihatan iaitu tekan darah dan kandungan gula dalam darah. Demo masakan paratha dari Tisha bagi mengisi perjalanan program ini. Manakala pihak Ar-rahnu Yapiem juga menawarkan perkhidmatan nasihat dan juga mencuci emas secara tidak langsung menarik pengunjung untuk hadir ke masjlis ini. Majlis penutupan program ini telah dirasmikan oleh YB Puan Hajah Norashida Binti  Haji Ibrahim, ADUN Buluh Kasap.

Gambar disini.