Tarikh   :10 Februari 2018

Masa    :10.00 am - 1.00 pm & 3.00pm -6.00pm

Peserta :7 Orang

Tujuan:

Bengkel pemasangan komputer dan pemasangan sistem pengoperasian komputer disertai 7 orang peserta. Matlamat bengkel diadakan untuk memperkenalkan komponen dan perkakasan yang terdapat di dalam sesebuah komputer serta peralatan yang diperlukan bagi memasang komputer. Selain itu juga, didedahkan cara pemasangan sistem pengoperasian komputer dan juga driver serta aplikasi yang ada di dalam sesebuah komputer.

Aktiviti:

Peserta didedahkan dengan perkakasan komputer iaitu perkakasan luaran dan juga dalaman. Penerangan mengenai  komponen komputer juga diadakan. Selain itu juga, peserta didedahkan dengan peralatan yang diperlukan bagi memasang komputer. Latihan praktikal pemasangan komponen komputer turut didedahkan kepada peserta.

Selain itu juga, peserta juga diberi pendedahan latihan praktikal untuk memasang  sistem pengoperasian komputer. Peserta diajar cara untuk memasang sistem pengoperasian, memasang driver, muat turun aplikasi serta kongsi printer melalui rangkaian.

Gambar disini