Pada  8 Februari 2017, Rabu yang lalu telah berlangsungnya mesyuarat PEDi Site Segamat Muar di PEDi Felda Chempelak Barat yang terdiri daripada 16 site bagi membuat post mortem sepanjang program yang dijalankan pada tahun 2016. Di mesyuarat ini juga, dibentangkan sekali perbelanjaan setiap majlis yang dianjurkan.

 

  

 

Selain itu juga, mesyuarat kali ini membincangkan juga apa kelemahan dan kelebihan dalam penganjuran program tahun lepas dan perkara-perkara yang perlu di tangani di masa hadapan. Dikesempatan ini juga, mesyuarat ini juga membincangkan perjalanan PEDi Site Segamat Muar bagi tahun ini.