Tarikh   : 15 September 2017(Jumaat)

Masa     : 9.00 am - 12.30pm

Peserta  : 7 orang

Tujuan: 

Kelas ini terdiri daripada 7 orang peserta kesemuanya. Kelas kali ini merupakan penutup bagi aktiviti semarak kemerdekaan dari bulan lepas sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia, secara tidak langsung dapat memupuk semangat cintakan tanah air. Selain itu juga, pelajar dapat mempelajari dan menguasai kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.

  

Aktiviti.

 

Pelajar diberi tugasan untuk membuat poster sempena Hari Malaysia. Pelajar dibekalkan dengan 2 poster tahun lepas untuk diedit dan digunakan di dalam poster baru yang dibuat oleh pelajar. Pelajar didedahkan cara untuk memasukkan gambar, mengedit gambar, copy dan paste, penggunaan word art, serta latar belakang bagi menyiapkan tugas membuat poster. Selain itu, tekan silang kata dan word search yang bertemakan kemerdekaan bagi mengisi slot pada hari ini. Aktiviti bina perkataan daripada Program Advokasi Klik Dengan Bijak turut diadakan.