Tarikh       :13 Julai  2018

Masa        :3.00pm - 5.00 pm

Peserta     : 12 orang

Tujuan:

Mary Kay Skincare Class dan dashboard komuniti serta advokasi  disertai seramai 12 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, belia, warga emas dan wanita dari penduduk Felda Redong. Program ini merupakan kerjasama diantara PEDi Felda Redong dengan Mary Kay Consultant. Objektik program ini adalah mengenai penjagaan dan kecantikan serta solekan kulit muka dengan menggunakan produk Mary Kay. Selain itu juga penerangan mengenai kepelbagaian fungsi dashboard komuniti serta menggalakan muat turun aplikasi dashbaord komuniti turut diadakan. Memberi kesedaran tentang penggunaan internet dan menggunakan internet dengan selamat dan berhikmah merupakan salah satu tujuan program ini dijalankan.

Aktiviti:

Taklimat ringkas berkaitan dengan dashboard komuniti dan cara penggunaan. Selain itu bagi mereka yang muat turun aplikasi dashboard komuniti akan diberikan goodies. Selain itu, taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi klik dengan bijak turut mengisi pengisian pada program tersebut. Kemudian disusuli taklimat berkenaan penjagaan kecantikan serta solekan  dan latihan praktikal yang dilakukan oleh pihak Mary Kay Consultant bersama peserta program.

Gambar disini