Tarikh         :10 Julai  2018

Masa          :4.00pm - 6.00 pm

Peserta       :3 orang

Tujuan:

Kelas peta minda online telah diikuti seramai 3 orang daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan bagi mengetahui tahap kemahiran dan tahap penguasaan dalam menggunakan enjin carian. Selain itu juga diberi pendedahan cara membuat peta minda di atas talian dengan menggunakan aplikasi bubbl.us dan juga mindmup.com yang ringkas serta menarik.

Aktiviti:

Peserta dikehendaki mencari karangan yang bertajuk faedah bersukan bagi menyediakan peta minda. Peserta dikehendaki membaca dan mengeluarkan isi penting artikel berkaitan dengan faedah bersukan (blog rujuk, http://panitiabmskbt.blogspot.com/2012/06/karangan-fakta-faedah-bersukan.html). Penerangan ringkas dan cara penggunaan  aplikasi bubbl.us  dan mindmup.com telah diberikan. Peserta dikehendaki membuat peta minda menggunakan bubbl.us (https://bubbl.us/) dan minmup.com (https://www.mindmup.com/). Peta minda yang dihasilkan kemudiannya disimpan di dalam bentuk jpg dan dicetak.

Gambar disini.