Tarikh    :25 Ogos  2019

Masa     :7.30 pagi  - 1.30 petang

Tempat  :Dewan Serbaguna Felda Redong

Peserta  : 314 orang

 

Tujuan:

Matlamat penganjuran program lestari ICT dan cakna kesihatan bersama PEDi Felda Redong 2019 bertujuan melestarikan PEDi  sebagai pusat ICT dan kesihatan kepada komuniti setempat. Selain itu ia mengeratkan hubungan PEDi Felda Redong dengan komuniti setempat serta mewujudkan kalobarasi anara pemimpin setempat serta agensi untuk mewujudkan  komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Selain itu juga, program ini juga memperkenalkan dashboard komuniti kepada penduduk setempat.

Aktiviti:

Pengunjung diperkenalkan dashboard komuniti serta mengalakkan muat turun aplikasi tersebut di telefon pintar masing-masing. Taklimat berkaitan advokasi berkenaan dengan maklumat palsu dan memperkenalkan laman web sebenarnya. my serta mengalakkan muat turun aplikasi tersebut. Selain itu juga pengumpulan barang ewaste turut diadakan.

Bermula dari pagi dengan aktivti fizikal yang meliputi senam pemanas badan diikuti dengan program 10ribu langkah di kawasan perkampungan Felda Redong. Disusuli dengan zumba serta poco-poco dan diikuti dengan pertandingan sukan aneka iaitu pertandingan musang berjanggut, pertandingan memakan buah tomato serta  pertandingan radio karat.

Demo masakan sihat turut diadakan selepasnya berakhir akviti fizikal. Demo masakan sihat telah diadakan  oleh Farm Fresh Segamat dengan melakukan demo masakan pasta carbonara dan omelette yang menggunakan produk Farm Fresh. 

Ceramah Kesihatan telah memenuhi pengisian program ini bertajuk kanser dan DNA HPV telah disampaikan oleh Puan Siti Maslina Binti Samian, LPPKN Segamat. Majlis penutup telah dirasmikan oleh En Mazlan Bin Abdul Khalid, Pengurus Felda redong.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan oleh KOSPEN Felda Tenang serta LPPKN Segamat dan juga pemerikaan gigi oleh Klinik Kesihatan Pergigian Daerah Segamat. Pelbagai kaunter pameran turut diadakan dan disertai oleh MamaCares Segamat, PROTON Segamat, Toyota Segamat, Isra' Life, Caregem Segamat, Affin Bank, Ar Rahnu Yapeim, Agensi Pengurus Harta Pusaka (MM Kafalah), Farm Fresh Segamat dan Adabi Muar.

Gambar disini