Tarikh           : 27, 28  dan 29 Ogos 2023                           
 Masa                : 8:30am - 1:00pm                                   
Peserta : 16 orang

Tujuan:

Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Pendidikan Komputer (Photophone) merupakan program kerjasama dengan pihak KEMAS Sekijang yang mana program  dilaksanakan di PEDi Felda Redong dan tenaga pengajar terdiri daripada petugas PEDi Felda  Redong. Program ini sebenarnya dapat memberi bimbingan dan kemahiran untuk membolehkan peserta memperluaskan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan.  

Melalui kursus ini secara tidak langsung menggalakkan peserta menjalankan perniagaan dengan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan pendapatan. Kursus ini telah memberi kemahiran dalam pelbagai jurusan secara non-formal khususnya kepada masyarakat luar bandar untuk kualiti hidup daan memupuk budaya niaga.

Aktiviti:

Kursus ini telah dihadiri seramai 16 orang peserta yang terdiri  usahawan dan juga belia. Kursus ini dijalankan selama 3 hari . Pada hari pertama dimulakan dengan suai kenal peserta yang mengikuti kursus. Kemudian disusuli dengan taklimat kursus oleh staff KEMAS Sekijang. Taklimat ringkas advokasi cheack your label berkaitan betapa pentingnya setiap peranti telekomunikasi mempunyai pengesahan daripada MCMC. Seterusnya taklimat ringkas berkaitan dengan teknik menangkap gambar dengan menggunakan telefon pintar. Peserta telah diperkenalkan dengan teknik menangkap gambar mini studio yang mana turut memperkenalkan komponen mini studio.Taklimat ringkas berkaitan dengan teknik flay flat serta peralatan yang diperlukan. Kemudian peserta diberi kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 3 kumpulan. Peserta diberi pendedahan cara untuk menangkap gambar menggunakan 2 kaedah.Latihan amali mengambil gambar produk menggunakan kedua-dua teknik gambar.

Pada hari kedua, taklimat ringkas berkaitan maklumat palsu yang mana setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing dalam menentukan kesahihan maklumat yang diperolehi sebelum berkongsi kepada umum. Penerangan ringkas berkaitan dengan latihan Microsoft Skills For Jobs - Bersama Malaysia Program. Taklimat ringkas berkaitan dengan penggunaan canva sebagai alat bantuan membuat promosi perniagaan. Peserta diberi pendedahan cara untuk memdaftarkan akaun canva. Petugas diberi pendedahan cara menggunakan canva oleh dalam mengedit gambar dan juga membuat flyer promosi perniagaan. Peserta dikehendaki membuat 2 edit gambar yang menggunakan gambar mini studia dan juga teknik flay flat untuk promosi produk perniagaan masing-masing.Kemudian peserta diberi pendedahan cara membuat pembentangan projek. Setiap peserta dikehendaki untuk membentangkan hasil latihan yang diperlajari.

Pada hari ketiga, setiap kumpulan telah diberikan peluang untuk membuat kesimpulan dan memberi pandangan mengenai kursus yang dijalankan dan kursus yang dikehendaki di masa akan datang. Semua peserta dikehendaki mengisi maklum balas kursus. Kemudian peserta bersama-sama membuat persediaan bagi majlis penutup yang diadakan di Wisma Peneroka Felda Redong. Puan Zalina binti Md Dardak merupakan pengerusi majlis dan merupakan salah seorang peserta kursus. Bacaan doa telah diketuai oleh En Mohd Fitri bin Mohd Said, Iman Muda Felda Redong 1. Kemudian diikuti dengan ucapan dari wakil peserta kursus iaitu Puan Norhana binti Mad Noor dan kata-kata aluan telah disampaikan oleh Encik Khamis bin Ngadiman, MT Penolong Pegawai Komuniti Kemahiran KEMAS Parlimen Sekijang. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh En Mohamad Khairul bin Zuber, Penyelia Kanan Felda Redong 1 dan majlis turut dihadiri Tuan Haji Mohd Hadi bin Karman, Ketua Kampung Felda Redong 1.

Gambar Hari Pertama disini,

Gambar Hari Kedua disini,

Gambar Majlis Penutup,