Tarikh                   : 27, 28 dan 29 Oktober 2023               
Masa : 10:00am - 5:00pm
Tempat : Dataran Labis

 

Tujuan:

  • PEDi  Daerah Segamat telah mengadakan program kesedaran di Karnival Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor, Labis 2023. Objektif utama adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat luar bandar dan agensi Kerajaan. Selain itu juga, program bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang teknik mengambil gambar. Menggalakkan peserta menjalankan perniagaan dengan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan pendapatan.

Aktiviti :

  • Taklimat ringkas berkaitan betapa pentingnya setiap peranti telekomunikasi mempunyai pengesahan daripada MCMC serta kesedaran untuk melakukan kitar barang telekomunikasi yang sudah lusuh.Penerangan ringkas berkaitan dengan Pusat Ekonomi Digital dan latihan yang dijalankan.
  • Pada 27 Oktober 2023, Jumaat telah diadakan aktiviti zumba sebagai amalan gaya hidup sihat dan disusuli dengan aktiviti ICT yang menerapkan eleman STEM /IOT iaitu membuat pelancar kapal terbang kertas, klik dengan bijak membina pyramid KDB, kuiz kitar atas talian serta puzzle.
  • Manakala pada hari kedua bersamaan dengan 28 Oktober 20023 telah diadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar dan cheack your label. Kemudian disusuli dengan taklimat ringkas berkaitan dengan teknik menangkap gambar dengan menggunakan telefon pintar. Selain itu turut diadakan taklimat ringkas berkaitan dengan penggunaan canva sebagai alat bantuan membuat promosi perniagaan.

Pada hari terakhir, 29 Oktober 2023 telah diadakan pertandingan mewarna bersama pelajar dari TADIKA KEMAS Labis bersama SSPN Muar. 

Di program kesedaran ini juga telag diadakan pengumpulan kitar barang elektronik, roda impian serta mencari perkataan tersembunyi.

Hari Pertama disini

Hari Kedua disini

Hari Ketiga disini