Tarikh | : | 29 Mei 2024 |
Masa | : | 9:00 pagi - 5:00 petang |
Peserta | : | 15 Orang |
Tempat | : | NADI Kampung Tenang |
Tujuan:
Kelas fotografi ini bertujuan untuk memberikan peserta kemahiran asas dalam fotografi yang dapat membantu meningkatkan kualiti gambar produk, perkhidmatan, dan perniagaan mereka secara keseluruhan. Dengan mempelajari fotografi, peserta dapat:
- Meningkatkan Kualiti Visual Produk: Mengambil gambar yang lebih berkualiti dan menarik untuk produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan.
- Meningkatkan Pemasaran: Menyediakan bahan visual yang berkualiti tinggi untuk pengiklanan dan pemasaran, termasuk untuk media sosial dan laman web.
- Menonjolkan Keunikan Produk: Memperlihatkan ciri-ciri istimewa dan keunikan produk melalui fotografi yang kreatif.
- Menarik Pelanggan Potensial: Menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan jualan melalui visual yang menarik dan profesional.
Kelas fotografi ini menyediakan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk mengambil gambar yang efektif dan berkesan, sesuai dengan keperluan perniagaan mereka.
Aktiviti:
Terdapat tiga modul dalam sukatan pembelajaran kelas fotografi ini iaitu Pengenalan Kamera Smartphone, Teknik Pengambilan Gambar dan Penyuntingan Gambar. Peserta mempelajari dan memahami fungsi asas kamera smartphone dan pengaturan yang penting.Tenaga Pengajar memberi penerangan tentang komposisi yang baik, pencahayaan, dan sudut pengambilan gambar serta pengenalan kepada perisian penyuntingan gambar seperti Photoroom dan Snapseed untuk menyunting gambar secara mudah dan cepat.
Setelah selesai modul diterangkan, sesi praktikal di mana peserta akan mengambil gambar produk atau subjek yang disediakan. Peserta menggunakan peralatan tambahan aksesori fotografi seperti tripod, pencahayaan tambahan, dan pendedahan kepada teknik khusus seperti penggunaan background atau set.
Peserta dikehendaki untuk menyediakan koleksi gambar yang berkualiti tinggi untuk produk atau perkhidmatan mereka sebagai hasil akhir kelas. Penilaian hasil gambar untuk memberi maklum balas konstruktif dan bantuan untuk meningkatkan kualiti fotografi mereka.