Tarikh | : | 6 April 2024 |
Masa | : | 8:00am - 10:00am |
Peserta | : | 3 orang |
Tujuan:
- Memperkenalkan Konsep Saintifik: Memberi pelajar pemahaman asas mengenai konsep ketumpatan, interaksi cecair yang tidak bercampur, dan tindak balas kimia.
- Menggalakkan Pemikiran Kreatif: Mendorong pelajar untuk berfikir di luar kotak dan menggunakan imaginasi mereka dalam memahami fenomena sains.
- Memupuk Kerjasama dan Kerja Berpasukan: Mengajar pelajar untuk bekerja dalam kumpulan, berkongsi idea, dan bekerjasama untuk mencapai hasil yang diinginkan.
- Meningkatkan Keterlibatan Pelajar: Menggunakan aktiviti hands-on yang menarik untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari sains.
Aktiviti:
Penyediaan bahan-bahan bagi mengadakan kelas iaitu botol kaca atau plastik jernih, minyak masak, air, pewarna makanan dan tablet effervescent (panadol). Pelajar perlu mengisi air ke dalam sebuah cawan sehingga takat separuh. Kemudian, pelajar dikehendaki untuk menambah minyak masak sehingga hampir penuh cawan. Seterusnya, pewarna makanan dimasukkan dalam kuantiti yang sedikit. Akhir sekali, panadol soluble akan dimasukkan dan berfungsi sebagai ejen yang membawa cecair yang sudah berubah warna tersebut terapung ke atas. Apabila buih gas sampai ke permukaan, ianya akan pecah dan air yang bewarna tersebut akan kembali semua ke dasar cawan. Letakkan di atas lampu led untuk kesan yang lebih menarik.