Tarikh | : | 9 Mac 2024 |
Masa | : | 10:00am - 12:00pm & 3:00pm - 5:00pm |
Peserta | : | 5 orang |
Tujuan:
- Menghasilkan slaid pembentangan yang efektif dan menarik menggunakan perisian PowerPoint. Dengan objektif ini, peserta akan difokuskan untuk mempelajari kemahiran asas dalam mencipta slaid pembentangan yang berkualiti menggunakan alat-alat dan format yang disediakan oleh Microsoft PowerPoint.
Aktiviti:-
- Latihan akan dipandu secara berbimbing oleh petugas untuk mencipta latihan yang dinamik menggunakan Microsoft PowerPoint. Peserta akan melaksanakan latihan dan tugasan yang tersedia dalam modul.Setiap pelajar akan menghasilkan slaid pembentangan yang menggamit perhatian bertajuk "Keluarga Saya". Slaid pembentangan yang telah disiapkan akan diubah menjadi video untuk memperkukuhkan impak visual dan penyampaian yang lebih dinamik.