Kafe moden berkonsepkan hipster sememangnya menjadi pilihan dan tumpuan ramai terutama anak-anak muda pada masi kini. Selain menjadi tempat lepak mahupun temu janji, kafe-kafe estetik ini sudah menjadi trend dan pilihan untuk mereka berswafoto.

Maka tidak hairanlah jika terdapat banyak kafe yang berkonsep urban, Inggeris, retro moden dan tradisional menjadi tarikan kepada pengunjung bukan sahaja dalam kalangah rakyat Malaysia malahan menjadi salah satu konsep kafe yang terdapat di Felda Redong.

Bersesuaian dengan  namanya, Kopi Bancho yang terletak di kawasan  komuniti Felda Redong yang menawarkan suasana tenang  untuk para pengunjung. Kopi Bancho ini sering dikunjungi bukan hanya menawarkan harga yang  berpatutan bahkan pilihan menu yang disajikan juga menarik dan enak untuk dicuba.

 

Kopi Bancho yang terletak berhampiran dengan taman permainan kanak-kanak dan terletak di kawasan perniagaan tersusun di Felda Redong menawarkan suasana yang amat sesuai untuk ada lepak dan bersantai bersama-sama teman-teman dan insan tersayang.

Kopi Bancho menawarkan pelbagai aneka kopi yang sering mendapat sambutan daripada pengunjung seperti Cappucino, Caramel Macchiato, Vanila Coffe latte dan Matcha Latte.

Jika anda bukan seorang pengemar coffe, anda juga boleh mencuba pilihan minuman lain yang tersedia seperti milo, air coklat dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda menginginkan ketenangan sambil bersantai dengan ditemani hidangan makanan dan minuman yang  lazat, bolehlah singgah ke Kopi Bancho.

 Alamat:

Lokasi : No.8, gerai Felda Redong 1,85000 Segamat Johor

Waktu Beroperasi:

11:00 Pagi - 7:00 Malam

Dibuka Setiap Hari Kecuali Hari Ahad

No. Telefon: 

+60 13-787 3722