Asas Komputer dan Microsoft Office(Word, Powerpoint, Excel dan Publisher)
Nama : Nurul Aznita Binti Azmi Umur : 9 Tahun Ahli : 8 September 2018 |
Latar belakang
Nurul Aznita Bt Azmi lebih dikenali sebagai Nurul merupakan cucu peneroka Felda Redong. Beliau seorang yang sangat rajin dan sangat mempunyai sikap ingin tahu. Nurul Aznita seorang yang cepat belajar dan mudah diajar walau hanya sekali ditunjukkan demonstrasi dan pengenalan terhadap cara penggunaan komputer yang betul.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan
Beliau datang ke PEDi Felda Redong setiap hari untuk melayari internet. Oleh kerana ibunya Puan Rusnita seorang yang sangat tegas. Beliau telah menyuruh Nurul Aznita mendaftar ahli di PEDi Felda Redong dan mengikut kelas komputer daripada menghabiskan masa melayari internet tanpa ilmu.
Dengan kesedaran ICT yang semakin penting penggunaannya pada masa kini telah mendorong beliau untuk menguasai bidang ICT. Justeru itu, modul latihan yang diberikan oleh pihak PEDi Felda Redong adalah Microsoft Office iaitu Microsoft word seperti copy& paste, latihan menaip dan sebagainya. Selain itu, beliau juga didedahkan dengan kelas Microsoft powerpoint , Microsoft excel, open source internet untuk pembelajaran dan cara mambuat enjin carian yang betul dan sebagainya.
Sepanjang menjalani latihan, Nurul Aznita memberikan kerjasama serta fokus terhadap modul pembelajaran yang diajar kerana kelas basic ini sememangnya amat berguna dan memberi kesan kepada pembelajaran di sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan
Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong melalui kelas pembelajaran kali ini, beliau berupaya menyempurnakan kerja kerja sekolah beliau terutamanya di atas talian. Beliau juga mampu untuk membuat latih tubi secara atas talian dengan membuat carian e-pembelajaran secara open source. Di samping itu, pelbagai rujukan dan maklumat online yang berguna dapat diperolehi oleh beliau.
Kini beliau telah mahir menggunakan ICT dan bergerak maju seiring dengan kawan-kawan yang lain. Aplikasi kemahiran seumpama ini perlu dikuasai oleh belia untuk berjaya di masa hadapan.
http://feldaredong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/420-celik-it-nurul-aznita-bt-azmi#sigFreeIdbfe5ef6bcb