Perniagaan Atas Talian – rangkainan produk Effenzee ( Effenzee Myracle Lotion , Effenzee Myracle Drinxtox ) dan produk IVMIST
Nama : Puan Shabariah Binti Jamaludin Umur :34 Tahun Ahli : 25 April 2014 |
Latar belakang
Puan Shabariah Binti Jamaludin, 34 tahun merupakan anak jati Felda Redong 1 yang kian bergiat berniaga sendiri yang dijalankan di atas talian. Beliau telah mendaftar sebagai ahli PEDi Felda Redong pada 25 April 2014 yang lalu. Beliau mengusahakan perniagaan atas talian tersebut sejak tahun 2017 bagi mengisi masa lapang dan secara tidak langsung dapat menambah pendapatan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan
Sebelum menjadi ahli PEDi Felda Redong beliau banyak bertanya untuk belajar mendalami tentang ICT. Beliau tidak mempunyai asas dalam bidang ICT. Minatnya semakin mendalam untuk belajar asas ICTdan beliau lebih serius untuk mendalami bidang ICT setelah mengikuti di Kelas Keusahawanan (KPBU). Sejak itu, beliau mula aktif dalam semua aktivit serta program yang dianjurkan oleh PEDi Felda Redong. Pada mulanya, perniagaan beliau lebih berfokus kepada rakan-rakan sebaya dan pendapatannya sekitar RM 300 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan
Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong beliau dapat menguasai Microsoft Office dengan baik secara tidak langsung memudahkan segala dokumentasi perniagaan sendiri. Penguasaan yang baik di dalam bidang teknologi computer juga secara tidak langsung memudahkan segala menyediakan segala laporan dan kertas kerja bagi menganjurkan sebarang program di dalam persatuan yang beliau terlibat. Beliau juga menjadikan laman social iaitu facebook dan whatapps sebagai platform untuk menjalankan perniagaan di atas talian. Kini pendapatan beliau meningkat 100% dari sebelum ini.
http://feldaredong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/396-keusahawanan-pn-shabariah-binti-jamaludin#sigFreeId313a18fdf7