Microsoft Office(Word, Powerpoint, Excel dan Publisher) 

Nama       :Suhaimi Bin Yusri

Umur       :12 Tahun

Ahli          :9 Januari 2018

Latar belakang

Adik Suhaimi Bin Yusri merupakan pelajar darjah enam di Sekolah kebangsaan Felda Redong. Beliau mula menjadi ahli PEDi Felda Redong pada 9 Januari 2018 setelah diperkenalkan oleh rakannya. Beliau merupakan anak pertama dari tiga orang adik beradik. Beliau  seorang yang aktif  mengikuti kelas yang mana pada awalnya beliau hanya menemankan rakanya  yang mengikuti kelas di PEDi Felda Redong. Beliau mula tertarik dengan kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong dan beliau merupakan seorang yang  mudah memahami apa yang diajar di dalam kelas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum menjadi ahli di PEDi Felda Redong, beliau lebih banyak menghabiskan masa lapangnya dengan permainan di atas talian  di cyber cafĂ© yang terdapat di Felda Redong. Selain itu juga beliau tidak mempunyai kemahiran asas penggunaan computer untuk tujuan pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Pihak PEDi Felda Redong telah mendekati adik  Suhaimi Bin Yusri  untuk mengikuti kelas epembelajaran iaitu kuiz Bahasa Malaysia yang menggunakan platform kahoot. Selepas kelas tersebut, beliau begitu teruja untuk mengikuti latihan-latihan seterusnya dan menguasai penggunaan computer dengan baik dari sebelum ini. Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong  beliau dapat menggunakan computer dengan betul dan juga berkebolehan untuk mengformat computer. Selain itu, boleh juga telah menguasai kemahiran menggunakan Microsoft word, Microsoft powerpoint, Microsoft excel dan publisher.