Asas Komputer Dan Laman Sosial

Nama  : A .Hamid Bin Jappar

Umur  : 65 Tahun

Ahli     :2016

Setiap kali kelas dijalankan, beliau akan membawa dan menggunakan komputer riba sendiri.

 Latar belakang

En A.Hamid Bin Jaffar , 65 tahun merupakan pelajar warga emas yang terbaru yang belajar di PEDi Felda Redong. Beliau tidak mempunyai sebarang jawatan di Felda Redong. Beliau mula mempelajari ICT apabila anaknya menghadiahkan sebuah komputer riba kepadanya. Beliau seorang yang ceria dan mudah faham apa yang dipelajari di PEDi dan kadang kala isterinya turut menemani beliau ketika menghadir kelas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum mengikuti kelas ICt di PEDi beliau banyak menghabiskan masa dengan membuat kerja ladang. Jika mempunyai masa senggang, beliau menghabiskan dengan bersembang dengan rakan-rakan di kedai minuman. Beliau tidak tahu langsung mengenali ICT dan apabila anaknya menghadiahkan komputer riba dan memasukkan line streamyx di rumah, telah mendorong beliau untuk mempelajari cara menggunakan komputer riba tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Dari zero mengenai ICT, tidak tahu menggunakan tetikus serta tidak tahu menaip kini beliau menjaya menggunakan kemahiran asas komputer dan juga menaip. Beliau biasanya menggunakan platform youtube untuk mendengar ceramah-ceramah agama dan lain-lain lagi.


Butik Andaman.

Nama  : Nuruslihin Binti Ishak

Umur  : 28 Tahun

Ahli    : 2017

Latar belakang

Nuruslihin Binti Ishak, ibu kepada dua orang anak merupakan seorang jurusolek dan andaman. Beliau meneruskan legasi perniagaan milik ibunya dan dikenali sebagai Andaman Cik Yah. Beliau menawarkan perkhidmatan jurusolek dan andaman di sekitar Segamat  dan juga Gemas. Beliau juga menawarkan perkhidmatan solekan untuk pelbagai majlis rasmi dan membuat hantaran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum mengikuti kelas ICT di PEDi , Andaman Cik Yah tidak mempunyai sistem perakaunan  dan pentadbiran (fail) yang sistematik dan bertaburan. Secara tidak langsung, menyukarkan pengurusan untuk mengetahui tempahan dari pelanggan dan kedudukan kewangan semasa Andaman Cik Yah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Sistem pengurusan kewangan dan pentadbiran semakin baik apabila PEDi telah mengajar untuk merekodkan perbelanjaan, segala resit dapat dibukukan serta tempahan pelanggan tidak bertindih dan stok dapat dikawal (sewa baju pengantin). Tempahan sama ada dari sewa baju pengantin, solekan pelbagai majlis serta tempahan Andaman kini semakin meningkat.

Ketika mengikuti program yang dianjurkan oleh PEDi Felda Redong dan beliau telah menggunakan platform dashboard komuniti (myshop) bagi membuat promosi perniagaan.

 


Nieta Roxs Saleh Beauty

 Nama  : Rosnita Binti Saleh

Umur  : 41 tahun

Ahli     : 2014

Latar belakang

Rosnita Binti Saleh berusia 41 tahun lebih dikenali sebagai Kak Aye merupakan ibu kepada 3 orang anak perempuan yang mana salah seorang anak beliau merupakan pelakon baru iaitu Bella. Beliau amat meminati bidang solekan dan juga jahitan. Pada 29 Mac 2016 yang lalu, beliau telah mendaftarkan perniagaan beliau atas nama  Nieta Roxs Saleh Beauty.

Menjadi tenaga pengajar bagi program Kraf Kreatif Anjuran MPWK Parlimen Sekijang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong, beliau masih belum memulakan perniagaan dan menjadi surirumah sepenuh masa. Bagi mengisi masa lapang beliau telah menerima tempahan jahitan dan mengikut kenalan beliau menyolek pelanggan. Beliau telah datang ke PEDi Felda Redong bagi mengisi masa lapang dan menguasai bidang ICT. Ketika di PEDi Felda Redong ini beliau selalu menggunakan youtube bagi mempelajari solekan yang terkini  dan mempertajamkan lagi kemahiran solekan beliau serta belajar cara untuk memasarkan produk melalui laman sosial iaitu facebook.

Laman sosial yang digunakan bagi memasarkan perkhidmatan dan juga berkongsi testimoni yang  didandan oleh Kak Aye.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Kini melalui kelas ICT beliau berjaya memperkenalkan perniagaan secara online dengan meluas. Pendapatan beliau juga meningkat seiring dengan tempahan solekan yang diterima setiap hujung bulan. Beliau juga mula menganjurkan kelas serta bengkel solekan  kepada mereka yang mahu belajar solekan. Tempahan jahitan beliau juga meningkat  berbanding sebelum mengikuti kelas di PEDi Felda Redong. Sehingga kini, beliau masih lagi mengikuti kelas di PEDi Felda Redong jika mempunyai masa lapang.


Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel dan Publisher), Enjin Carian, dan  Email

 Nama   : Nur Iffah Syazwai Binti Yusaini

Umur     :16 Tahun

Ahli        :2011

Latar belakang

Nur Iffah Syazwani Binti Yusaini lebih mesra dipanggil dengan Iffah merupakan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Sains Kluang. Beliau merupakan ahli aktif sama ada dari segi penggunaan computer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong.

 

Membuat slaid pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint pada tahun 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Pada awalnya, sebelum beliau mendaftarkan sebagai ahli dan menjadi pelajar di PEDi Felda Redong beliau sering kali mengikuti abangnya yang belajar disini yang mana pada ketika itu usianya 9 tahun. Oleh yang demikian, ibunya telah mendaftarkan mengikut kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong. Pada ketika ini, beliau tidak mempunyai asas serta maklumat mengenai computer dan teknologi maklumat yang lain.

Ketika berusia 9 tahun lagi, beliau telah mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong pada tahun 2011

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong  beliau menguasai Microsoft office  secara tidak langsung memudahkan untuk menyempurnakan  kerja kerja sekolah beliau terutamanya di atas talian. Beliau berupaya menghantar kerja sekolah melalui emel kepada guru sekolah ketika cuti sekolah. Di samping itu, pelbagai rujukan dan maklumat online  yang berguna dapat diperolehi oleh beliau. Aplikasi kemahiran seumpama ini perlu dikuasai oleh belia untuk berjaya di masa hadapan.


Microsoft Office(Word, Excel, Powerpoint dan Publisher), Email serta Enjin Carian.

 Nama : Siti Nor Soraya Binti Arbain.

Umur : 21 Tahun

Ahli    : 2011

Latar belakang

Siti Nor Soraya Binti Arbain, 20 tahun merupakan anak bongsu dan terpaksa berhenti dari UiTM atas masalah keluarga. Beliau telah mendaftar  sebagai ahli PEDi Felda Redong pada 11 Jun 2011 yang lalu. Sebelum ini beliau juga mengikuti program mahu pun kelas yang dianjurkan oleh PEDi  Felda Redong .

 

Ketika belajar membuat proposal perniagaan untuk dimajukan kepada pihak TEKUN dan bank bagi mendapatkan pembiayaan perniagaan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Beliau sememangnya berupaya menggunakan teknologi maklumat. Beliau tidak mengalami masalah bagi menyempurkan  kerja  tugasan beliau ketika belajar di UiTM kerana mahir dan menguasai kemahiran Microsoft word, Microsoft powerpoint mahupun Microsoft excel. Beliau seorang yang  mahir di dalam bidang teknologi maklumat. Apabila beliau berhenti dari UiTM, beliau telah mengikuti latihan keusahawan yang diadakan oleh PEDi Felda Redong bagi mengisi masa lapang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong  melalui  kelas pembelajaran kali ini, beliau berupaya menghasilkan proposal perniagaan bagi dimajukan kepada TEKUN dan juga AGRO Bank bagi memohon pembiayaan perniagaan.  Beliau sekarang ini baru sahaja dapat mencari dan  menyewa rumah kedai di Yong Peng, Johor bagi memulakan perniagaan beliau itu bersama dengan seorang rakan kongsi yang lain.