Izzaikhqilah Enterprise.

Nama : Puan Zaleha Binti Paino

Umur : 44 Tahun

Ahli   : 2014

Ketika menyediakan kertas kerja perniagaan dan profail perniagaan bagi dimajukan kepada pihak FELDA dan Pejabat Pertanian Segamat pada tahun 2015.

Latar belakang

Puan Zaleha Binti Paino merupakan seorang ibu tunggal. Sebelum bergelar ibu tunggal beliau sememangnya menerima tempahan kuih muih serta kek bagi mengisi masa lapang dan secara tidak langsung dapat menambah pendapatan keluarga.  Setelah beliau bercerai, beliau memberikan tumpuan dan fokus yang kepada perniagaan ini bagi menampung perbelanjaan keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum mengikuti kelas di PEDi Felda Redong beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Kebiasaanya, tempahan produk yang dihasilkannya ini melalui kawan-kawan rapat serta saudara mara. Beliau juga tidak mempunyai kemahiran di dalam teknologi maklumat.

 

 

Antara produk yang dihasilkan oleh Izzaikhqilah Enterprise

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Setelah mengikuti kelas di PEDi Felda Redong, beliau berupaya untuk menghasilkan profail perniagaannya sendiri dengan pantauan petugas. Profail perniagaan ini digunakan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak FELDA serta Pejabat Pertanian Segamat.

Beliau juga berupaya menggunakan enjin carian, kebiasaanya beliau sentiasa mencari resipi kuih muih yang terkini di laman sesawang.

Kemampuan beliau menguasai bidang ICT secara tidak langsung memudahkan urusan beliau kerana beliau begitu aktif di Kelab 10 Ribu Langkah, Pasukan Sukarelawan Pemantau  Denggi (COMBI) serta Persatuan Ibubapa dan Guru SK Felda Redong.