HanaSharif Enterprise

Nama : Puan Siti Norhana Binti Mad Noor

Umur : 28  Tahun

Ahli    : 2014

Latar belakang

Berusia 27 tahun,Puan Siti Norhana Binti  Mad Noor  ibu kepada 2 orang anak lelaki bekerja sebagai pembantu kedai telefon dan pada masa yang sama   menjalankan perniagaan di atas talian. Sebelum menjalankan perniagaan di atas talian, beliau menggunakan facebook beliau untuk mewar-warkan kumpulan zapin yang ditubuhkannya dan mendapat sambutan dari pelbagai pihak sama daripada pihak kerajaan, swasta mahupun perseorangan. Kumpulan zapin beliau juga berjaya mengondol kejayaan di  beberapa pertandingan yang di jalankan di Segamat. Namun, pada pertengahan 2015 di atas beberapa kekangan beliau terpaksa memansuhkan kumpulan tersebut.

 

Page facebook yang diusahakan oleh beliau

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum mempelajari bidang ICT beliau berniaga secara kecil-kecil dari rumah  ke rumah dan bergiat cergas di dalam bidang kesenian. Pasaran perniagaan adalah terhad kepada komuniti setempat sahaja serta sahabat andai yang mengenali beliau. Ketika ini beliau lebih mengharapkan bantuan dari sahabat andai untuk menolong membuat promosi perniagaannya  dan juga kumpulan zapin. Beliau juga menghantar kumpulan zapin untuk menyertai pertandingan secara tidak langsung boleh mempromosikan kumpulan zapin beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Impak daripada kelas-kelas yang dikuti beliau di PEDi Felda Redong yang juga memberi fokus kepada pemasaran dan pengiklanan yang boleh dibuat di akaun facebook yang mana ia ada percuma dan tidak melibatkan  kos pengiklanan. Permintaan kepada kumpulan zapin bagi membuat persembahan di majlis rasmi serta majlis perkahwinan mendapat sambutan dan perhatian dari penduduk luar. Namun pada pertengahan 2015, beliau terpaksa membubarkan kumpulan zapin beliau di atas beberapa kekangan yang tidak dielakkan. Pada awal tahun 2016, beliau menjalankan perniagaan secara talian yang mana sebelum ini dijual dari  rumah ke rumah mula mendapat perhatian dan kini beliau mula menimbangkan untuk berhenti kerja sebagai pembantu kedai telefon bagi memberi fokus kepada perniagaan beliau. Beliau juga mengharapkan permohonan tapak perniagaan dari pihak FELDA diluluskan  bagi membuka perniagaan cuci kereta (car wash).