Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel) serta Email

Nama : Nurin Sofiya Binti Jasni

Umur : 14 Tahun

Ahli    : 2016

Latar belakang

Nurin Sofiya Binti Jasni lebih dikenali sebagai along merupakan cucu peneroka Felda Redong. Beliau tinggal di Parit Raja, Batu Pahat dan bersekolah di Muar.Pada cuti sekolah yang lalu beliau  telah bercuti di Felda Redong. Bagi mengisi  masa lapang beliau  disini beliau ingin belajar komputer. Oleh yang demikian, datuk beliau telah menyarankan belia berkunjung di PEDi Felda Redong bagi mempelajari berkaitan teknologi maklumat


 

Membuat slaid pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint dan menghantar slaid pembentangan  tersebut menggunakan email kepada guru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Beliau mengalami kesukaran bagi menyempurkan  kerja sekolah. Hal ini disebabkan kebanyakkan kerja sekolah perlu dibuat hantar dalam bentuk soft copy dan hard copy sama ada dalam bentuk Microsoft word, Microsoft powerpoint mahupun Microsoft excel. Kesemua tugasan perlu ditaip dan dihantar melalui emel kepada pihak guru. Oleh yang demikian, secara tidak langsung mengganggu prosess pembelajaraan apabila beliau mempunyai kekangan di dalam bidang ICT. Lantaran itu, ketika cuti sekolah yang lalu beliau telah mendapatkan kelas ekspress bagi menguasai Microsoft word, Microsoft powerpoint, micorosft execl serta emel.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong  melalui  kelas pembelajaran kali ini, beliau berupaya menyempurnakan  kerja kerja sekolah beliau terutamanya di atas talian. Beliau berupaya menghantar kerja sekolah melalui emel kepada guru sekolah ketika cuti sekolah. Di samping itu, pelbagai rujukan dan maklumat online  yang berguna dapat diperolehi oleh beliau.

Kini beliau telah mahir menggunakan ICT dan bergerak maju seiring dengan kawan-kawan yang lain.  Aplikasi kemahiran seumpama ini perlu dikuasai oleh belia untuk berjaya di masa hadapan.