ADAmos Cookies

Nama : Puan Norsyuhadah Binti Muhamad Yunos

Umur :31 tahun

Ahli   :2014

Latar belakang

Norsyuhadah Binti Muhamad Yunos lebih dikenali sebagai Syuhadah  merupakan surirumah sepenuh masa. Pada awalnya, beliau mengusahakan Adamos Cookies bagi mengisi masa lapang. Perniagaan beliau mula mendapat permintaan dari seluruh Malaysia dan kini beliau mengusahakan secara serius dari rumah.

Bentuk Perniagaan

Beliau menceburi dalam bidang makanan. Menghasilkan produk yang dikenali sebagai cookies. Nama produk beliau adalah ADAmos Cookies . Nama perniagaan beliau didaftarkan dibawah Syudz Adamos Ent.

Produk keluaran beliau.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong, beliau masih belum memulakan perniagaan dan menjadi surirumah sepenuh masa. Bagi mengisi masa lapang beliau telah menjadi pengasuh. Bagi mengisi masa lapang, beliau telah datang ke PEDi Felda Redong bagi mengisi masa lapang dan menguasai bidang ICT. Ketika di PEDi Felda Redong sering kali mencari resepi kuih muih dan menonton di youtube  serta mencuba di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Kini melalui kelas ICT beliau berjaya memperkenalkan perniagaan secara online dengan meluas.Selain daripada memasarkan secara online dan diedarkan kepada stokis terpilih beliau juga menerima tempahan untuk dijadikan doorgift untuk majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis akikah serta majlis rasmi

Membuka booth di Karnival Usahawan  Segamat pada  dari 2 hingga  4 Jun  2016 yang lalu. Bergambar bersama-sama pegawai daripada MATRADE dan PUNB.