Asas Komputer ,Microsoft Office(Word, Powerpoint, dan Excel ) Dan Latihan Keusahawanan

Nama    : Puan Norihah Binti Aripin

Umur     :51 tahun

Ahli        :7 September 2017

 

Latar belakang

Puan Norihah Binti Aripin merupakan anak menantu peneroka Felda Redong yang asalnya dari Perak. Ibu kepada 3 orang anak iaitu seorang puteri dan 2 orang putera ini sebenarnya seorang yang sangat aktif. Kini beliau banyak menyandang jawatan di sekitar Felda Redong diantaranya Timbalan Pengerusi Kelab Nur Iman Felda Redong merupakan kelab yang ditubuhkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia bagi cawangan Felda Redong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Pada awalnya, Puan Norihah Binti Aripin tidak berapa tahu menggunakan computer. Beliau banyak bertanya untuk belajar mendalami tentang pelajaran pengkomputeran. Dengan kesedaran ICT yang semakin penting penggunaannya pada masa kini telah mendorong beliau untuk menguasai  bidang ICT. Beliau mempelajari Microsoft Office terutamanya Microsoft Word yang sememangnya banyak membantu beliau dalam menguruskan perjalanan Kelab Nur Iman yang memerlukan dokumantasi yang bersistematik.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas asas computer yang dipelajari dengan bimbingan PEDi Felda Redong, beliau kini berupaya menggunakan computer dengan baik. Sudah menjadi kelaziman dan kebiasaanya beliau menggunakan Microsoft Word untuk membuat surat menyurat serta dokumentasi untuk Kelab Nur Iman dengan lebih terancang dan sistematik. Beliau diberikan kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan lain di komuniti Felda Redong.

Kini beliau juga berupaya mempromosikan produk perniagaan beliau melalui dashboard komuniti di Myshop. Beliau juga aktif mengikuti kelas serta program yang dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak PEDi Felda Redong.