Asas Komputer ,Microsoft Office(Word, Powerpoint, Excel, Publisher) , Pembikinan Video (Filmora & Movie Maker) serta Latihan Keusahawanan

Nama    : Nur Vanisha Balqis Binti Mohd Rizal

Umur     :19 tahun

Ahli        :25 Oktober 2019

 

Latar belakang

Nur Vanisha Balqis Bt Mohd Rizal lebih dikenali sebagai Vanisha merupakan cucu peneroka Felda Redong. Beliau seorang yang sangat rajin dan sangat mempunyai sikap ingin tahu. Beliau datang ke PEDi setiap minggu untuk mengikuti kelas ICT yang dianjurkan di PEDi Felda Redong. Beliau merupakan ahli PEDi Felda Redong sejak 25 Oktober 2019,sejak menjadi ahli beliau tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti setiap kelas dan aktiviti yang di anjurkan pihak PEDi. Beliau merupakan ahli yang sangat aktif menggunakan perkhidmatan PEDi. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum melibatkan diri dengan kelas di PEDi Felda Redong, beliau mempunyai asas komputer yang sangat minima dan tidak begitu terdedah dengan penggunaan komputer dalam kehidupan harian oleh kerana beliau belum mendapat pekerjaan. Oleh kerana beliau tekad untuk mencari pekerja selepas tamat SPM beliau telah memilih untuk menghadiri kelas ICT di PEDi untuk menambah tahap kemahiran beliau dalam penggunaan komputer agar memudahkan beliau mendapat pekerjaan dengan lebih mudah dan yakin melakukan segala pekerjaan berkomputer kelak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Melalui kelas latihan ICT, keusahawanan dan kelas asas computer yang dipelajari dengan bimbingan PEDi Felda Redong, beliau kini berupaya menggunakan komputer dengan baik. Beliau kini dapat menambah kemahiran diri melalui latihan ICT yang diberikan setiap minggu. Oleh kerana beliau dalam proses untuk mencari pekerjaan, jadi dengan menghadiri kelas di sini dapat meningkatkan kemahiran berkomputer dan dalam masa yang sama memberi peluang lebih banyak untuk beliau mencari pekerjaan yang semamangnya banyak menggunakan komputer pada zaman kini. 

Selain itu, kini beliau juga berupaya mempromosikan produk perniagaan beliau melalui dashboard komuniti di Myshop. Beliau juga aktif mengikuti kelas serta program yang dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak PEDi Felda Redong.