Asas komputer dan Microsoft Office

Nama        : Siti Masrimawati Binti Masri

Umur        : 45 tahun

Ahli           : 8 Disember 2011

 

Latar belakang

Siti Masrimawati Binti Masri, 45 tahun merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan dan  seorang anak lelaki yang mana merupakan orang kurang upaya (OKU). Beliau bekerja sebagai kerani di Koperasi Felda Redong. Kini beliau mula-mula berjinak untuk berniaga bagi mengisi masa lapang dengan mengeluarkan produk keluaran beliau sendiri iaitu jus roselle dan jam roselle.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum mengikut kelas ICT, beliau bekerja di stesen minyak sebagai pembantu pam. Apabila pihak PEDi Felda Redong membuat promosi kelas asas komputer telah menarik minat beliau untuk mengikuti kelas tersebut.

Beliau pada awalnya malu untuk mengikuti kelas tersebut disebabkan usia beliau lantaran pada masa itu, kebanyakan kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong diikuti oleh pelajar-pelajar sekolah berbanding dengan orang dewasa.

Oleh yang demikian, pihak PEDi Felda Redong mengambil insiatif mengadakan kelas untuk beliau berpandukan kepada kesesuaian masa beliau. Setelah berbincang bersama-sama dengan beliau, pihak PEDi Felda Redong telah mengadakan kelas beliau setiap sesi selama 1 jam sahaja dan dibuat ketika waktu rehat kerja beliau sehingga beliau mahir dan tamat mengikuti ke semua modul.

Beliau didedahkan dengan asas computer, system operasi, internet, email dan aplikasi Microsoft office iaitu Microsoft word, Microsoft excel dan Microsoft power point. Untuk beliau pihak PEDi Felda Redong telah memberi focus lebih mendalam dan khusus  kepada penggunaan aplikasi office bagi menguruskan akaun dan kewangan perniagaan, menyediakan sebut harga, tuntutan pembayaran bagi sesebuah oraginasasi, membuat memo, surat-menyurat dan membuat minit mesyuarat serta menggunakan email dengan cara yang selamat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Setelah menamatkan kelas ICT beliau telah memohon jawatan kosong di Koperasi Felda Redong sebagai kerani. Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran menggunakan computer  beliau diterima menjadi sebagai kerani di Koperasi Felda Redong.

Dengan mengikuti Kelas ICT sedikit sebanyak dapat membantu beliau mendapat kerja tersebut. Melalui hasil pembelajaran secara terancang yang telah dipelajari di PEDi Felda Redong, beliau mampu menjalankan tugas beliau sebagai kerani di Koperasi Felda Redong dengan lebih cekap dan sistematik.

Kini beliau mengorak langkah dengan lebih jauh, apabila mula berjinak-jinak dalam tanaman roselle di kawasan sekeliling rumahnya. Hasil tuaian roselle itu beliau telah memproses menjadi jus dan jem roselle dan memasarkan hasil produknya melalui whatapps group.