Produk Kecantikan & Kesihatan 

Nama  : Maizatulsyahira Binti Mohd Kadjami

Umur   :22 tahun

Ahli      :25 Oktober 2019

 

Latar belakang

Cik Maizatulsyahira merupakan cucu kepada warga Felda Redong. Daripada kecil hingga kini beliau menetap di Felda Redong dan kini menjalankan perniagan sendiri sambil menunggu peluang pekerjan di tempat lain. Beliau memulakan perniagan kecil-kecilan daripada rumah dan berjinak-jinak menceburi dunia usahawan sejak di bangku sekolah menengah lagi. Beliau aktif menjadi agent dan juga dropship pelbagai produk kecantikan dan kesihatan. Beliau telah hadir ke PEDi untuk menambah ilmu pengetahuan tentang ilmu keusahawan dan cara pengembangkan produk beliau agar lebih meningkatkan hasil perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum  mengenali  PEDi Felda Redong, beliau tidak pernah mengikuti kursus di mana-mana PEDi. Beliau hanya menggunakan media social untuk aktiviti yang santai bukannya menggunakan  untuk perniagaan dan tidak mempunyai asas ICT. Jualan produk beliau hanya diketahui oleh jiran kawasan sekitar rumah dan kenalan-kenalan rapat beliau sahaja. Jualan beliau juga agak lambat dengan menggunakan medium facebook dan kaedah konvensional dari rumah ke rumah. Beliau tidak dapat mempromosikan hasil kerja beliau secara meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Atas dasar kesedaran terhadap ICT yang semakin penting penggunaanya pada masa ini telah mendorong beliau mengikut program yang dijalankan oleh pihak PEDi Felda Redong. Beliau telah mengikut Kempen Pengguna Bijak Dan Usahawan(KPBU) yang lebih menitikberatkan  kepada penggunaan akaun Facebook iaitu pengetahuan asas emel, memasukkan foto perniagaan,  cara pengiklanan dan mempromosikan perniagaan serta berinteraaksi dengan pelanggan melalui whatapps. Selain itu beliau juga aktif mengikuti kelas-kelas ICT di PEDi Felda Redong tentang keusahawan seperti Kelas Microsoft office (Words, excell, powerpoint, publisher) serta kelas Open Source tentang cara penggunaan pengiklanan menggunakan instagram. Pendapatan beliau juga kini meningkat berbanding dahulu.