Sardin Homemade & Serunding Halia

Nama  : Puan Zaleha Binti  Jaafar

Umur   :54 tahun

Ahli      :7 September 2017

 

Latar belakang

Puan Zaleha Binti Jaafar  lebih mesra dipanggil sebagai Kak Leha dikalangan kawan-kawannya.  Beliau merupakan isteri peneroka Felda Redong. Beliau juga merupakan ahli sahabat di Kelab Nur Iman, Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Felda Redong. Buat masa kini, beliau menjalankan perniagaannya di rumah menghasilkan 2 jenis produk iaitu sardine homemade dan serunding halia. Beliau juga mendapat bimbangan daripada Pejabat Pertanian Segamat bagi memasarkan produk beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum  mengenali  PEDi Felda Redong, beliau tidak pernah mengikuti kursus di mana-mana PEDi. Beliau hanya menggunakan media social untuk aktiviti yang santai bukannya menggunakan  untuk perniagaan dan tidak mempunyai asas ICT. Jualan produk beliau hanya diketahui oleh jiran kawasan sekitar rumah dan kenalan-kenalan rapat beliau sahaja. Selain itu juga, beliau juga mengharapkan bantuan daripada Pejabat Pertanian Segamat bagi memasarkan produk belia jika terdapat majlis ataupun carnival anjuran Pejabat Pertanian Segamat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Beliau mula mengenali PEDi apabila pihak Pejabat Pertanian Segamat telah menghantar usahawan dibawah bimbingannya untuk menghadiri kursus di PEDi Taman Yayasan. Sekembalinya dari kursus tersebut beliau telah mendaftar sebagai ahli di PEDi Felda Redong dan telah mengikuti kelas serta program yang telah dijalankan dari semasa ke semasa. Beliau juga merupakan salah satu pengguna aktif di PEDi Felda Redong.

Kini beliau aktif menggunakan platform whatapps sebagai salah satu medium pengiklanan bagi memasarkan produknya. Pendapatan beliau juga kini meningkat berbanding dahulu.