Asas komputer, Microsoft  Office dan Dashboard Komuniti.

 Nama  : Mohamad Bin Leman
 Umur  : 68
 Ahli  : 21 Jun 2010

 

Latar belakang

En Mohamad Bin Leman, 68 tahun merupakan diantara orang yang terawal mendaftar sebagai ahli  pada 21 Jun 2010. Beliau merupakan seorang yang aktif mengikuti aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Felda mahupun PEDi Felda Redong  Beliau merupakan pengerusi bagi Kelab 10 Ribu Langkah dan COMBI Felda Redong serta setiausaha Kelab Petanque Felda Redong. Kini beliau aktif bersukan petanque dengan mengikuti pelbagai pertandingan serta menjadi jurulatih petanque bagi mengisi masa lapang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum melibatkan diri dengan kelas di PEDi Felda Redong, beliau mempunyai tidak mempunyai asas dan pengetahuan menggunakan computer serta teknologi maklumat yang lain. Segala yang melibatkan computer serta teknologi maklumat, beliau akan meminta pertolongan daripada anak beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Semuanya bermula apabila kenalan beliau iaitu En Mohd  Hiszuan Bin Ramli menyatakan hasrat untuk menubuhkan kelab petanque di Felda Redong. Hal ini membuatkan beliau menjadi berminat untuk mengetahui serba sedikit mengenai sukan petanque tersebut.

Oleh yang demikian, beliau telah mendaftar sebagai ahli di PEDi Felda Redong dan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PEDi Felda Redong. Beliau berupaya mencari info-info serta maklumat dan cara-cara bermain sukan petanque. Berbekalkan maklumat serta info yang telah diperolehi olehnya melalui internet, beliau telah menubuhkan serta mendaftarkan kelab tersebut dengan nama Redong Petanque Club (RPC1).

Segala ilmu yang diperolehi dari kelas di PEDi Felda Redong telah membantu beliau menguruskan perjalanan kelab tersebut. Semangat untuk mempelajari sesuatu yang baru itu harus ada dalam setiap orang yang mahu berjaya. Buktinya, hanya dengan mencari maklumat dan info-info terkini tentang sukan petanque, kini beliau mampu untuk bermain sukan petanque dengan baik dan akan terus memperbaiki teknik-teknik permainan beliau di masa akan datang.