Bertempat di Masjid Nurul Falah Felda Redong, telah berlangsung Program Semarak Seni Maufakat Johor 2017 Forum Perdana Dun Kemelah anjuran bersama Pengurusan Felda Redong, Badan Masjid Nurul Falah Felda Redong, Pejabat Agama Daerah Segamat, SPRM Johor serta Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor pada 23 November 2017.

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Ayub Bin Rahmat,  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah

 

Majilis bermula dari petang dengan aktiviti gotong royong memasak bagi tujuan penyediaan program makan sekampung yang bermula selepas maghrib. Selepas solat isyak telah diadakan Forum Perdana bagi mengisi program hari tersebut. Penceramah untuk program Forum Perdana ini telah disediakan oleh Pejabat Agama Daerah Segamat.

Selain itu juga, penyampaian bantuan kepada komuniti setempat telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah yang ditaja dari pihak Jakel.

 

Majlis Forum Perdana ini turut dihadir oleh Dato Hj Azmi Alias Pengarah SPRM Johor dan En Megat wakil pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan diantara pihak agensi kerajaan iaitu SPRM dan juga Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor dan komuniti setempat.

Gambar disini.