Pada 24 April 2018 yang lalu telah diadakan Majlis Yassin dan juga Tazkirah yang disampaikan dari Pegawai Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur.  Majlis ini telah diadakan di  rumah Puan Faridah Binti Katimon, Ketua Blok Wanita yang telah dihadiri terdiri daripada peneroka dan penerokawati Felda Redong serta beliawanis dan belia.

Program ini diadakan sempena kedatangan bulan Ramadhan yang bakal akan datang tidak lama lagi. Majlis ini telah dipimpin oleh Tuan Haji Mohd Amin Bin Talib, Imam 1 Felda Redong dan turut hadir pemangku Ketua Peneroka, En Mohamad bin Leman serta En Rosli A.Majid, Pengurus Felda Redong.

Manakala majlis tazkirah telah disampaikan oleh Pegawai Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan diantara peneroka, penerokawati serta belia dan beliawanis dengan ibu pejabat Felda dan segala info terkini dapat disampaikan terus kepada komuniti setempat.